Kutub Sittah | Part 1
Mari berkenalan dengan Kutub Sittah. Apakah itu Kutub Sittah? Soalan ini berlegar-legar di ruang mindaku baru-baru ini. Lantas, aku mencari informasi mengenainya, dan berkongsi dengan kalian. Harap ia bermanfaat. (^_^)
Salah satu Kitab Hadith yang menghimpunkan unsur Kutub Sittah |
Kutub Sittah
Enam Kitab Utama Hadith merujuk kepada koleksi hadith oleh sarjana Islam yang, kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah dan atas inisiatif mereka, menghimpun hadith Baginda.
Kepentingan
Muslim Sunni melihat Kutub Sittah ini sebagai himpunan hadis yang terpenting. Berikut merupakan senarai kitab-kitab tersebut, mengikut aturan ketulenan:
Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari, mengandungi 7275 hadith
Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim, mengandungi 9200 hadith
Sunan Al-Sughra, himpunan Imam Nasaie
Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud
Jami’ Al-Tirmizi, himpunan Imam Tirmizi
Sunan Ibn Majah, himpunan Imam Ibn Majah
Dua yang pertama, lazimnya dirujuk sebagai Sahihain (Dua yang Sahih) sebagai tanda ketulenan mereka, mengandungi sekitar 7 ribu hadis semuanya, tanpa mengira yang berulang.
Setiap Kutub Sittah tersebut memiliki ciri khas yang hanya diketahui oleh orang yang ahli dalam bidang hadith, sehingga kitab-kitab tersebut dikenal oleh manusia dan tersebar ke seluruh pelosok Dunia dan pemanfaatannya menjadi besar serta para penuntut ilmu berusaha keras untuk mendapatkannya dan memahaminya.
(Sambungan...... Part 2: Sahih Bukhari & Imam Bukhari)
Comments