Kutub Sittah | Part II


Sambungan daripada Kutub Sittah | Part 1 (Di sini)


Gambar Hiasan





Kitab Sahih Bukhari
Sahih Bukhari, nama penuhnya menurut Imam Nawawi, Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi, manakala menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Al-Jami’ Al-Sahih Al-Musnad min Hadithi Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi, merupakan kitab koleksi Hadith yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.
Koleksi hadith-hadith yang terkandung dan tersusun dalam Sahih ini dianggap oleh hamper keseluruhan penganut Muslim aliran Sunni adalah antara yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kaedah yang sangat ketat dalam memilih hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika Muslim Sunni mengganggap Sahih Muslim adalah Kitab yang kedua paling murni dan suci selepas al-Quran. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori berpautan di mana setiap satu kategori mewakili satu kitab

Antara Syarah Sahih Bukhari:
1. A’lam Al-Sunan, karya Imam Khathabi Abu Sulaiman Hamd bin Muhammad al-Busti

2. Al-Kaukab Al-Darari fi Syarh Shahih al-Bukhari, karya Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Yusu al-Karmani

3. Fathul Bari, karya Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani  Ia termasuk Syarah Shahih al-Bukhari terpenting dan terbaik.

4. Umdah Al-Qari, karya Al-Hafiz Badruddin Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad al-Hanafi al-Aini

5. Irsyad Al-Sari, karya Shihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Qastalani

6. Faidh al-Bari, karya Muhammad Anwar al-Kashmiri al-Hanafi

7. Lam’a Al-Darari, karya Al-Hajj Rasyid Ahmad Kankuhi

Biodata Imam Bukhari
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari adalah pengarang kumpulan hadith yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhariyang dianggap orang Islam Sunni sebagai hadith sahih daripada Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari (810-870) dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan, dalam keluarga berketurunan Iran, pada 194 H (810 M).

Kehidupan
Latar belakang
Imam Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bukhara. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadith Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Mekah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Mekah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Nabi s.a.w, dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh Al-Kabir"

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadith Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basrah, Madinah, dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadith-hadith yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmad bin Hanbalpengasas Mazhab Hanbali

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar hadith Rasulullah. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadith Rasulullah, dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadith Rasulullah dalam buku ‘Al-Jami’ Al-Sahih’. Beliau membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadith yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan

Beliau meninggal dunia dalam buangan pada malam Aidilfitri pada tahun 256H di Khartank, Samarkand. Makam Imam Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya
Sahih Bukhari
Al-Adab Al-Mufrad
Al-Tarikh Al-Kabir - sejarah besar
Al-Tarikh Al-Saghir - sejarah kecil

Sambungan...... Kitab Sahih Muslim & Biodata Imam Muslim

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan