Re-Post: Tudung di Malaysia


Artikel ini adalah artikel terbit semula (+edit) daripada blog ini. Sekadar peringatan kembali buat diriku dan anda semua. ;)




Assalamualaikum w.b.t






Kali ini saya nak bercakap pasal tudung. Kenapa tudung? Kenapa saya pilih tudung? Wujudkah lelaki yang bercakap pasal tudung? Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya memilih tajuk ni. Mungkin, tudung itu memang berkait dengan Islam, jadi saya berasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di negara kita, Malaysia.

Seperti mana yang diketahui, tudung merupakan pakaian wajib bagi wanita yang beragama Islam. Allah telah berfirman :

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri – isteri-mu, anak – anak perempuan dan isteri – isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Al-Quran: Al-Ahzab ayat 59]


Namun, sejauh mana Kalam Tuhan ini dihayati oleh semua wanita Islam di dunia?

Sekarang, cuba kita lihat beberapa golongan yang berpengaruh di negara kita. Golongan pertama tentunya golongan Artis, manakala golongan kedua pula ialah golongan politikus wanita negara.

Kenapa saya menamakan kedua-dua golongan tersebut? Ini kerana golongan artis dan politikus mempunyai pengaruh yang tersendiri. Kebanyakan antara mereka masih lagi berdolak-dalik berhubung isu pemakaian tudung. Ada antara mereka beralasan bahawa "belum tiba masa lagilah untuk saya bertudung."

Kalau mereka berfikiran waras, sudah tentu mereka tidak akan berdalih lagi mengenai isu ini.

Sekarang, saya nak anologikan perintah pemakaian tudung ini dengan kelahiran bayi. Jika ditakdirkan bayi dalam kandungan tersebut perlu dilahirkan, bolehkah si isteri beralasan "ala doktor, tunggu la 10 minit lagi...nantilah dulu doktor...10 minit je lagi". Bolehkah sebegitu? sudah tentu tidak. Begitu jugalah dengan pemakaian tudung, kalau Tuhan sudah mensyariatkan bahawa semua wanita Islam perlu memakai tudung, adakah perlu seseorang itu berdalih lagi?


Ini bukannya soal artis dengan peminat ya, ini soal hamba dengan Tuhan. Malah, artis kini lebih mudah mesra peminat apabila mereka menggayakan fesyen menutup aurat, tak gitu? :)

Jadi, persoalannya:


1) Bilakah artis dan politikus negara kita (Muslimah) akan membuat transformasi ke arah bertudung?


2) Apakah Malaysia tidak terlintas untuk menguatkuasakan Garis Panduan Pemakaian seperti mana yang dilakukan di Negeri Kelantan?


Saya tinggalkan soalan ini kepada kalian kerana anda mengetahui jawapannya.


p/s: Ini adalah artikel re-post. tersenyum sendiri saya meng-edit entri ini. *pemikiran kita dipenaruhi persekitaran, dan ia mempengaruhi penulisan.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan