Selamat Hari Guru !!!

Assalamualaikum wbt.

Sejak dari kecik kita lalui proses pembelajaran. tentunya proses ini diisi dengan seseorang yang bergelar guru. Sejak lahir, kita diajar berjalan, bercakap, makan, minum dan berlari oleh pendidik pertama kita iaitu IBU dan BAPA kita. *thank you ummi & papa




Ketika kita berumur 5-6 tahun, kita dihantar ke TADIKA. Kita juga mula dihantar ke tempat mengaji al-Quran.

Kemudian, berumur 7-12 tahun kita dihantar ke sekolah rendah. Seterusnya apabila berusia 13-18 tahun, kita berada dalam alam sekolah menengah. Sepanjang tempoh ini, kita mempelajari kehidupan daripada pelbagai guru. Mereka adalah manusia biasa. Manusia yang dianugerahkan Allah kepada kita. Mereka seperti kita yang mempunyai sikap dan perangai tersendiri. Perlu diingat, mereka bukan MAKSUM ! Jadi, jangan salahkan mereka sepenuhnya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU, kepada

Kedua-dua ibu bapa saya (The First Teachers in My Life), Cikgu Nara n Cikgu Anis

Cikgu Robiah binti Itam @ Mak Long, guru TADIKA-ku merangkap cikgu mengajiku.

Pengajar Al-Quran kepadaku, Mak Lang Hawa, Nenekku, Hajah Saadiah Mohamed Ramli

Asatizah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang (2000-2005), seperti Ustazah Noraziyah Kayat, Ustazah Noraniza Basri, Ustazah Rumaizah Abd Aziz, Ustazah Rifkah Shamsuddin, Ustazah Zahnah Yusuf, Ustazah Zulfah Saad, Ustaz Akbar Jamal Shah, Sir Hafiz Mohd Noor, Ustazah Rozana Suri, Ustazah Juniza Makhtar, Ustazah Jawiah, Ustazah Fairus, Ustazah Rosanita, Ustazah-ustazah, Ustza-Ustaz, Guru Besar, Ustaz Jamaluddin bin Kassim, dan lain-lain yang saya tidak tuliskan di sini.

Asatizah di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (2006-2012), seperti Ustaz Jamalil Ismail (Guru Al-Quran), Ustaz Izuli Dzulkifli (Guru Al-Quran), Ustaz Hafizullah Mansor (Guru Al-Quran), Ustaz Jamil Othman , Ustaz Faisol Munjir, Ustaz Abd Rahim Mohamed, Ustaz Mubarak Mohamed, Ustaz Mahathir, Ustaz Wan Roslan Wan Ali, Ustaz Asri, Ustaz Azizullah, Ustaz Mukhlis (Naqib Usrah), Ustaz Hermi (Guru Khat dan Tarannum), Ustaz Imran Shamsir, Cikgu Norsiah Ali (Cikgu BM), Cikgu Nurul Afidah, Cikgu Shuhaila, Cikgu Noorliza, Cikgu Monaliza, Ustazah Noratikah, Ustazah Hartini, ustazah Khairiyah, Ustazah@Kak Latifah, Cikgu Roziana, Cikgu Yuhani.dan lain-lain guru yang tidak disebutkan.

Pengajar-pengajarku semasa aku di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, yang melibatkan Jururawat Pelatih dari Kolej-kolej, Doktor Mataku, Atenden dan lain-lain yang berada di sana.

Guru Bahasa Arab saya, Ustazah Juliana Abdul Kadir (Darjah 1-6 SRAIPB), Ustaz Mad Hajat Din bin Mustappa (Form 2), Ustaz Wan Roslan Wan Ali (Form 5 & Diploma), dan Sheikh Mahmoud Ibrahim Khedr (Form 1-Diploma).

Murabbi saya, Ustaz Amiza Khusyri Yusof dan Ustaz Mohd Fuad Othman

dan khusus kepada sesiapa yang mengajarku secara langsung dan tidak langsung. Kalianlah guru saya. =)

Doakan saya berjaya di Dunia dan Akhirat. Halalkan segala ilmu kalian.

TERIMA KASIH CIKGU !!!!

------------------------------------------

sehingga bertemu lagi, wassalam.

follow twitter: ZahirulNukmanMN

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum, sy nak tanya saudara sekiranya saudara masih tahu, ustazah juliana abdul kadir ada lagi tak di sekolah beranang tu? Sy teringin nak cari beliau untuk berjumpa. Beliau ajar saya 18 tahun dahulu - ainul
Zahirul Nukman said…
@AnonymousWaalaikumussalam. Ustazah Julianan yang ajar Bahasa Arab tu?
Beliau masih lagi engajar di sana, setahu saya la.
Kali terakhir saya datang ke SRAIPB adalah bulan 5 tahun lepas, sempena Amal Islami Peringkat Daerah.

Rasanya beliau masih lagi mengajar di sana sekarang. Cara nak jumpa? Boleh kot pergi ke SRAI Pekan Beranang. Beliau adalah antara Guru yang paling friendly, betul tak? huhu

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan