Metodologi Usrah. ;)

#sekali lagi, tajuk entri dah macam tajuk Kertas Kerja Seminar. Ngee~

Sumber: Google
Assalamualaikum w.b.t. semua.

Artikel ini ditulis atas kesedaran bahawa Sistem Usrah kini semakin lama tidak begitu menerapkan unsur tarbiyah ruhiyyah. Sebab apa saya berkata begitu?

Wujudnya Dua Pendapat...
Pendapat Pertama: Golongan yang terlalu ketat/rigid dengan perlaksanaan usrah dengan mengatakan 'Usrah Hanya Pada Halaqah Ilmu'.
Pendapat Kedua: Golongan yang terlalu leberal dengan perlaksanaan usrah. Hakikatnya mereka tidak menyukai sistem Usrah yang nampak 'formal' (Atau istilah lain, kolot dan tidak progresif). Pelaksanaan mereka lebih kepada aktiviti luar seperti Futsal, Bowling dan lain-lain.

Pengenalan Usrah *sebelum apa-apa, kita belajar sikit tentang usrah ni ye :):

Usrah dari bahasa, berasal dari kalimah Arab, (الأسرة) yang bermaksud keluarga.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili.
Dalam kamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Dari segi istilah, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Sumber: Google

Sejarah Usrah:

Hakikatnya, Sistem Usrah telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda berusrah bersama- sama para Sahabat di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Rasulullah s.a.w mengajar mereka yang hadir setiap ayat al-Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan peribadi Muslim dalam diri para Sahabat.

Setelah Zaman kejatuhan Empayar Islam Turki Uthmaniyyah, Imam Hasan al-Banna melalui gerakan Islam yang diasaskan oleh beliau, Ikhwanul Muslimin telah menyusun kembali sistem Usrah dan diterapkan semula Tarbiah islamiah yang sebenar.

Usrah bukan hanya sebagai tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan.

Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara Muslim.

---------------------------------------------

sumber: Google
Pandangan saya:
Bukan niat saya untuk membangkitkan mana-mana isu. Cuma sepanjang saya terlibat dalam aktiviti Usrah ini, macam-macam pandangan, method telah dibuat dan direka untuk nampak Usrah menarik. Usrah bukan tidak menarik, cuma kaedah nak menyampaikannya perlu dipelbagai.

Sebagaimana Pendapat Pertama di atas, Usrah hanya pada Halaqah.
Betul, adalah lebih elok sekiranya Usrah di buat dalam Halaqah.

"Ala, usrah lagi. bosan la !"
"Weh, Usrah ni memang duduk je ke?"

Ok-ok. ramai yag cakap macam tu. Tapi, cuba kita soal dri kita semula. Kalau duduk beriman sekejap pun kita tak boleh, bagaimana pula kita nak berjuang dalam tempoh yang lama.

Kalau serius dalam sejam dua kita dah lelah dan letih, belum lagi kia serius dalam perjuangan menegakkan Islam di dunia realiti.

Atsar dari seorang sahabat (tak ingat nama), "Ijlis Bina Nu'min Sa'ah" (Duduk Bersama, Beriman Seketika)

OK, harap sesiapa yang anti sangat dengan Usrah yang Formal ni, harap koreksi diri semula. Jangan buang 'keformalan' Usrah !!

Sementara Pendapat Kedua pula, Usrah Tidak Semsetinya pada Halaqah.
Betul juga, tidak semsetinya Usrah itu hanya pada formal.

Usrah ini kita fahami adalah keluarga. Ertinya ia berlangsung sepanjang kehidupan kita sehari-hari. Makanya, takkanlah kita nak usrah hanya 'duduk congok' dalam halaqah semata-mata seharian. Jadi, aktiviti lain yang bermanfaat perlu dilakukan sebagai alternatif lain dalam merapatkan ukhuwah antara ahli.

Ringkasan dari apa yang saya ingin bawa:

1) Hakikatnya Usrah itu adalah sepanjang kehidupan kita. Bukan hanya pada bermulanya Al-Fatihah dan diakhiri Tasbih Kafarah.

2) Usrah itu perlu fleksibel dengan keadaan. "Fundamentalis berjiwa Idealis yang Kontemporari".

3) Kita bahagikan Usrah kepada 2 bahagian, tanpa menolak semua dan mengambil semua. Dengan erti kata lain, Usrah yang melibatkan aktiviti luar perlu diadakan, TANPA TIDAK melakukan usrah secara formal.

4) Dalam perlaksanaan Usrah (sama ada di kampus atau sekolah), waktu yang ditetapkan oleh pihak kolej atau sekolah untuk Usrah adalah waktu usrah dilakukan secara formal. Sekiranya ingin melakukan usrah 'aktiviti luar', maka hendaklah dibuat pada waktu lain.

---------------------------------------------------------------------------------------

Kagum dengan program Usrah Musika yang melibatkan artis-2. Kini, para artis pun dah ada alternatif untuk soal jawab agama mengenai kehidupan mereka. Kita yang bukan artis bagaimana?

Sampai di sini sahaja penulisan 'panjang' saya. Moga bermanfaat hendaknya. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan