Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Saturday, September 01, 2012

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran


#Kuliah Kitab: Tafsir Al-Quran yang kami ikuti akan berjalan setiap Isnin jam 12.30 pm -1.30 pm bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS. Kuliah Tafsir disampaikan oleh Ustaz Abu Zaki Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIS. Segala informasi akan dikongsikan disini secara berkala, seperti yang sedang kami terbitkan di blog. Insya-Allah.

Salam, kita sambung kuliah kitab untuk nota yang ketiga. Maaf kerana menunggu lebih lama. ^_^

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.
Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail.





Surah Al-Baqarah: 26-30

Ayat 30 membawa maksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

- Perkataan 'Wa Iz' (Dan Ketika) bermaksud Allah suruh kita ingat peristiwa ini dan mengambil iktibar daripadanya.

- Daripada ayat ini, kita dapati bahawa Manusia ditugaskan sebagai KHALIFAH di muka bumi.

Siapa Khalifah?
Ada 3 tafsiran Khalifah.

1. Pengganti Allah di Muka Bumi.
Pengganti Allah di muka bumi bermaksud Penjaga Amanah Allah di Dunia ini. 
Hebatnya Islam berbanding Golongan Kuffar. 

Jika di Rom, Penguasa dipanggil Kaisar
Jika i Parsi, ia dipanggil Kisra,
Di Rusia, ia dipanggil Czar (sebut: Zar)
Di China dipanggil Maharaja

Tetapi dalam Dunia Islam, Pemimpin hanya digelar pengganti (Khalifah). Di Dunia iani sebagai pemegang amanah semata-mata. Kita tidak memiliki apa-apa.

2. Makhluk Yang Silih Berganti
Kepimpinan yang silih berganti. Wafatnya Nabi Muhammad, diganti Saidina Abu Bakar. Jatuhnya Khilafah Umaiyah, diganti Khilafah Abbasiyah. Dan seterusnya...
Ini juga membawa maksud, kita mewarisi perkara baik, maka serahkan kepada Penciptanya dengan keadaan baik.

3. Manusia sebagai Khalifah bermaksud kita pengganti kepada makhluk lain sebelum manusia di Bumi. Mungkin Jin / Haiwan dan lain-lain.

Ini sekaligus membawa maksud, Manusia tidak kekal di Dunia ini.

- Baik, isi seterusnya. Malaikat di dalam ayat ini memberikan soalan. Mereka bertanya bukan kerana protes "Kenapa la Allah jadikan Manusia sebagai Khalifah?"

Tetapi ada hikmah disebalik peristiwa ini. :)

Malaikat tidak akan sesekali menderhaka atas apa yang disuruh, dan akan melakukan setiap arahan. Malaikat merupakan Maklhuk yang amat patuh pada Allah.

Ayat ini menggambarkan, Mereka sentiasa bertasbih dengan memuji Allah dan mensucikan Allah. itu tugasa utama Malaikat.

- Dalam ayat ini juga menggambarkan sikap Manusia secara fitrahnya, membuat bencana dan menumpahkan darah. Atau dengan erti kata lain, kritis dan sering berlaku ikhtilaf.

Menurut Al-Syahid Sayyid Qutb, dengan sifat 'suka membuat bencana dan menumpahkan darah' inilah menjadikan Bumi ini makmur. 

Kerana apa? kerana dengan sifat Manusia yang kritis dan dan sering khilaf inilah menyebabkan hasil bumi ditemui untuk dimanfaatkan. 

Sekiranya Malaikat menjadi Khalifah di Muka Bumi, maka Bumi ini tiada perubahan dek kerana sifat Malaikat hanya beribadah kepada Allah dengan memuji dan mensucikan-Nya.

- Allah s.w.t mengakhiri ayat ini dengan "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Allah maha mengetahui segala sesuatu.

Wallahua'lam. :)

Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi