Regenerate Campus Democracy
Pilihan Raya Fakulti (PRF) yang dihangatkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat KUIS (PMFSTM) adalah satu langkah penyuburan demokrasi kampus yang amat baik bagi pandangan saya.
Ia (Publisiti dan hebahan PRF ini) merupakan satu langkah bijak, khususnya untuk menghidupkan kembali 'semangat' plihan raya kampus yang telah luluh dek kerana pembatalan PRK untuk sesi kali ini.
Fakulti-fakulti lain juga dinasihatkan agar sama-sama menghidupkan PRF masing-masing. Satu fenomena yang 'seronok' bila kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa kembali naik dan hidup.
Sebagai cadangan, untuk sesi akan datang (tahun depan), pihak pentadbiran KUIS melalui BPM mungkin boleh anjurkan dua acara. Acara pertama ialah Pilihan Raya Kampus bagi memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS. Manakala selang seminggu, acara kedua iaitu Pilihan Raya Fakulti pula dianjurkan, dengan kerjasama pihak Fakulti masing-masing.
Ia sekaligus dapat mengaktifkan dan menjadikan Persatuan Mahasiswa hidup, bergerak dan berperanan, bagi membantu MPP KUIS menjaga kebajikan Mahasiswa dan membawa suara mahasiswa ke luar kampus.
Wallahua'lam.
Comments
Wahai student, don' t waste your time. Get real!