Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, March 21, 2014

Jalan Berbeza, Tujuan Sama. [Bukan Agenda Plural]


Setiap jalan yang diambil oleh manusia itu berbeza. Jalan Sufi, Haraki, Tablighi, ops, maaf istilah ini mungkin susah difahami.

Ambil contoh mudah, pergi ke Mekah. Ada yang naik kapal terbang, ada yang naik kapal, yang konvoi bermotor pun ada.

Bila jalan yang diambil berlainan, maka pengalaman yang dilalui juga berlainan. Yang naik kapal terbang, nampak pemandangan bandar-bandar besar dari atas, laut yang terbentang luas dibawahnya danawan yang tebal.

Yang naik kapal pula, banyak masa beribadah boleh dilakukan dalam kapal. Tenang, nampak lautan yang membiru, Bandar yang kejauhan, burung terbang melintasi kapal dan sesekali ikan-ikan mengikuti kapal.

Yang berkonvoi pula, pasti lebih banyak pengalaman. Perjalanan yang jauh, merentasi sempadan puluhan negara, dengan pelbagai suasana di setiap negara yang dilalui, bandar besar, perkampungan miskin, dan pelbagai lagi pengalaman yang berbeza daripada menaiki kapal dan kapal terbang,

Jadi? Biar cara kita berbeza, jangan persalahkan yang lain. Sokong sesama kita. Jangan lari dari medan perjuangan, jangan sengaja berbeza laluan (dengan alasan, cipta jalan baru), jangan mengkhianati perjuangan yang ada.

Islam, agama terbaik. Maka, ayuh terjemahkan terbaiknya Islam.

Wallahua'lam.
Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi