Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Monday, January 16, 2017

Tentang Nama

Masa sekolah rendah, saya minta kawan-kawan panggil saya sebagai "Nukman".

Sampai sekarang, diorang panggil Nukman, atau Man, sahaja. (Nuk takde lagi la rasanya 😅)

Masa sekolah menengah, saya minta kawan-kawan panggil saya sebagai "Zahirul". Saje nak bagi tak janggal bila dipanggil Zahirul bila semakin tua nanti.

Dan sampai sekarang, diorang panggil Zahirul, atau kalau malas sangat "Zerol".

"Zahighol" atau "Zahiwol" pon pernah, sebab saya pelat R. Lidah takleh nak bergetarrr. So, biasa la kena bahan. Panggilan lain ada, cuma tak diletakkan dalam ni. Herher.

Bila masuk asasi di KUIS, saya suruh kawan-kawan still panggil Zahirul. Makin hari makin selesa orang panggil Zahirul.

Bila ke alam degree, saya sendiri confuse nak guna Zahirul atau Nukman. Akhirnya, sukehati diorang la nak panggil apa. Zahirul boleh, Nukman pon boleh.

Tapi ramai yang panggil Nukman, menjadikan awal-awal tu rasa janggal juga sebab dah lama tak gelar diri sebagai Nukman.

Pointnya apa?
Panggillah nama anda atau diri anda dengan nama yang baik. Mudah-mudahan ia doa.

Definisi.
Zahirul :
Kalau "Zohir ظاهر" Penyata/Pembawa
Kalau "Zahir زاهر" Yang baik/yang cantik (bunga)

Nukman : Kebaikan.

Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi