Menaip semula

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai, apa khabar semua pembaca.

Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Ramadan 1440H, bulan mulia yang penuh mengajar kita untuk terus berusaha melakukan kebaikan dan perkara-perkara benar.

Lama juga saya tidak menaip seperti manusia. Haha. Sebelum ini lebih kepada memberi informasi-informasi yang harapnya bermanfaat untuk semua, lebih kepada menjadi buku dan sebagainya. Hantaran kali ini lebih bersifat santai dan manusiawi. Insya-Allah

---------------

Ada beberapa kenalan sudah meminta untuk saya menulis. Tulis secara ringkas Tulis dengan memberikan perkongsian baharu. Sehinggakan ada yang meminta saya menulis buku. Masya-Allah! Impian menulis buku sebenarnya sudah lama tersimpan kemas, sudah berhabuk tebal tidak berusik. Biarlah bila tiba masanya nanti, andai masih ada lagi rasa berkongsi menerusi buku, saya akan mulakan penulisan. Insya-Allah.

- tangan sendiri - 


Sebenarnya menulis blog seperti hantaran kali inipun mengambil masa yang agak lama untuk difikirkan dan dimulakan. Kubiarkan sahaja jari jemari menaip sehingga lelah. Idea dan semangat perlu bersatu pada satu-satu masa. Perjuangan untuk menaip (menulis) ini sebenarnya akan dirasai bagi mereka yang tidak lama menulis secara panjang, di tambah kemudahan menulis kini lebih selesa di Facebook, berbanding blog.

Semoga coretan ini menambah rasa minatku kembali untuk terus menaip.

Itu sahaja luahan rasa kali ini, jumpa lagi di hantaran akan datang ya. Insya-Allah, di lain hantaran, akan kukongsikan serba sedikit rasa dan laku yang dilalui mengenai bahasa, aktiviti harian dan sebagainya. Mudah-mudahan. Sehingga bertemu lagi !

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan