Kenagan Berputik Kembali: (1) Sekolah Rendah

Assalamualaikum, hari ini aku nak tulis sedikit tentang sekolah lama aku kiteka aku di peringkat sekolah rendah dahulu. sebenarnya, aku teringat guru-guru yang telah mengajarku dahulu. Untuk pengetahuan aku bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang, Selangor. Penduduk di Beranang memanggilnya, 'Integrasi Beranang' sahaja. SRAIPB terletak di daerah Hulu langat dan hampir dengan sempadan antara Negeri Sembilan dan Selangor. kedudukannya ialah bersebelahan sebuah masjid, Masjid Raja Alang Beranang, dan berhadapan tapak Pasar Rabu Beranang. Masjid Raja Alang: bersebelahan Sekolah Agama Integrasi Pekan Beranang, Selangor Tiap kali aku melintasi sekolah tersebut (untuk pergi KL atau Kajang), kenangan pasti menyanggah ke benak fikiran aku. sebenarnya aku amat merindui suasana ketika belajar di sana, didenda oleh guru, keluar masuk pejabat (almaklumlah ketua muridlah katakan, hehe), berucap ketika mengendalikan perhimpunan, menjalani aktiviti kokurikulum, mewakili sek...