Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, December 11, 2009

Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan | sekolahku nan tercinta

Assalamualaikum... hari ini aku nak menghebahkan kepada umum, sekolah aku.

Kelas Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan pengambilan pertama pelajar seramai 17 orang dan dikendalikan oleh 2 orang guru. Idea penubuhan Kelas Tahfiz ini datang dari Menteri Besar Negeri Sembilan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di negeri ini khususnya dan di Malaysia amnya.


Kelas Tahfiz ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pada awalnya kelas ini ditempatkan di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membina kompleks khas bagi menempatkan pelajar untuk memberikan keselesaan dan memberi lebih banyak peluang belajar kepada anak-anak Negeri Sembilan berdasarkan kesedaran ibu bapa dan orang ramai betapa pentingnya pendidikan Al-Quran pada masa ini seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.Kini Kelas Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan telah dikenali sebagai Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN).
Share:

0 Komentar:

Sample Text

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi

Zahirul Nukman . Setiap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Nota Ringkas

1. Semua kandungan dalam laman ini adalah hak milik penulis, kecuali yang dinyatakan sumber asalnya [kalau tak disebut, saya minta maaf ya! ].

2. Segala pendapat adalah pandangan penulis pada waktu itu.

3. Anda dilarang mengambil apa-apa kandungan (Posting, Gambar, Video dll) dalam laman ini tanpa keizinan penulis.Atau, anda dibenarkan mengambil dengan memberitahu penulis serta memberikan kredit kepada penulis.

4. Anda boleh hubungi penulis di: nukman.work@gmail.com

Sekian.

Rakan Sokongan