Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Monday, December 14, 2009

Cakap Tentang Poligami

Assalamualaikum.... sedang sibuk melayari hidup di waktu cuti, tiba-tiba terdengar iklan tayangan ulangan Drama arahan Kabir Bhatia di TV3, Nur Kasih. Oh ya..!!! sebut pasal Nur Kasih, aku sering terfikir tentang unsur yang digunakan dalam drama tersebut. Sebenarnya, isu ini timbul sejak aku menonton Filem Terbaik Indonesia 2008, Ayat-ayat Cinta lagi.

Sebenarnya kiteka aku menonton AAC, aku rasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang unsur yang digunakan dalam kedua-dua cerita ini iaitu, "Poligami".Secara jujurnya aku hanya mengetahui maksud poligami hanyalah orang lelaki yang berkahwin lebih dari satu. itu sajalah yang aku tahu pada mulanya.

Sekarang, aku nak tunjukkan kepada anda dalil berpoligami. Allah telah berfirman dalam Surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja , atau tawanan/tahanan(captive*) yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta'ulu.[maksud An-Nisa' 4:3]

Ayat tersebut menerangkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu. Namun begitu, yang terbaik bagi lelaki itu adalah berkahwin seorang sahaja jika individu tersebut takut tidak boleh berlaku adil.

Jadi, pada pendapat saya melalui ayat di atas, syarat utama seseorang lelaki itu berpoligami ialah berlaku adil. Adil ialah meletakkan hak kepada yang benar-benar berhak menerima hak tersebut. Adil di sini hendaklah adil dari segala segi. Dari segi pemberian nafkah, tempat tinggal, dan segala yang berkaitan dengan rumahtangga, bahkan giliran isteri pun perlu adil.

Mungkin saya tidak layak bercakap tentang poligami, namun sebagai seorang Muslim, saya layak untuk memperkatakan mengenainya.
Nur Kasih membuka minda penonton: memaparkan betapa indahnya Islam dalam soal rumahtangga




Ayat-ayat cinta mencetus kontroversi: pernikahan dengan muslimah sejati dan ahli kitab


Mozanuk: besar nanti nak poligami ke tak nak???? >>>>> kecil-kecil cakap soal kahwin...
Share:

2 Komentar:

bdk hensem said...

mcm copy paste je..
ke tlis sndri??

Mozanuk said...

tulis sendiri k.....
malas la cari artikel....

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi