Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, December 13, 2009

Tudung di negara kita

Assalamualaikum.... kali ini aku nak bercakap pasal tudung. Kenapa tudung?? Kenapa aku pilih tudung?? Ada ke lelaki bercakap pasal tudung???? Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku pilih tajuk ni. Mungkin, tudung ada kaitan dengan Islam, jadi, aku berasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang pemakaian tudung dalam kalangan wanita islam di negara kita, Malaysia. Malaysia???? Ya, di negara kita. Sebenarnya aku cuba memfokuskan dulu hal ehwal negara kita sebelum melihat negara luar.

Seperti mana yang diketahui, tudung merupakan pakaian wajib bagi wanita yang beragama Islam. Allah telah berfirman:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri – isteri-mu, anak – anak perempuan dan isteri – isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Al-Quran: Al-Ahzab ayat 59]
Namun, sejauh mana Kalam Tuhan ini dihayati oleh semua wanita Islam di dunia????

Sekarang, cuba kita lihat beberapa golongan yang berpengaruh di negara kita. Golongan pertama tentunya golongan Artis. dan golongan kedua pula ialah golongan politikus wanita negara.

Kenapa saya menamakan kedua-dua golongan tersebut??? Ini kerana golongan artis dan politikus mempunyai pengaruh yang tersendiri. Kebanyakan antara mereka masih lagi berdolak-dalik berhubung isu pemakaian tudung. Ada antara mereka beralasan bahawa "belum tiba masa lagilah untuk saya bertudung."

Kalau mereka berfikiran waras, sudah tentu mereka tidak akan berdalih lagi mengenai isu ini.

Sekarang, aku nak anologikan perintah pemakaian tudung ini dengan kelahiran bayi.Jika ditakdirkan bayi dalam kandungan tersebut perlu dilahirkan, bolehkah si isteri beralasan " ala doktor, tunggu la 10 minit lagi...nantilah dulu doktor...". Bolehkah???? sudah tentu tidak. Begitu juga lah dengan pemakaian tudung, kalau Tuhan sudah mensyariatkan bahawa semua wanita Islam perlu memakai tudung, adakah perlu seseorang itu berdalih lagi????
Ini bukannya soal artis dengan peminat ya... ni soal hamba dengan tuhan.. faham???

jadi, persoalannya... bilakah artis dan politikus negara kita (yang beragama Islam) akan membuat transformasi ke arah bertudung???? Saya tinggalkan soalan ini kepada anda kerana anda mengetahui jawapannya.....

Mozanuk: Kesal dengan artis dan politikus negara kita yang masih berdalih dan mempermainkan hukum Tuhan....

Share:

0 Komentar:

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi