Segmen: BEN ASHAARI tanya apa yang aku mahu sebenarnya?

Assalamualaikum w.b.t.


Lama juga tidak mengemaskini my beloved blog ni. :)  


insya-Allah, saya cuba untuk menyertai sebuah segmen. Lama rasanya tidak bersegmen. 


Segmen kali ini dianjurkan oleh abang penulis blog terhangat kini, Abang Ben Ashaari. *siapa tak kenal memang tak pernah ada blog dan Facebook


Ini header blog Ben Ashaari *kalau korang nak tahu sangat
Klik ni untuk ke Segmen di Blog Ben Ashaari
Ini adalah terma dan syarat yang dikenakan kepada yang ingin sertai segmen. :)

1. Buat satu entri khas , letak header BEN ASHAARI.COM . Tajuk ,BEN ASHAARI TANYA APA YANG AKU MAHU SEBENARNYA ?dan linkkan ke entri ini ..
2. Luahkan atau beri cadangan apa yang korang mahu sebenarnya dalam PRU nanti .. Tak boleh lebih dari 200 patah perkataan .
3. Apakah korang rasa kerajaan sekarang ini , mentadbir dengan baik atau perlu diperbaiki lagi ? Atau perlukan kerajaan yang baru ?
4. Tu jee . Siap ? Tinggalkan link entri korang di ruangan komen ni ..
5. Tutup , jam 12 malam ini . Terima kasih ..


Syarat Pertama dah Lepas.


Syarat Kedua:


Luah dan Beri Cadangan apa yang dimahukan dalam PRU ke-13 akan datang.


1. Saya Mahasiswa, Jadi Beri Ruang yang Luas Untuk kami Bersuara. *We Are In Democratic Country, right?


2. Semua Wakil Rakyat tak kira dari Parti Mana, jalankan tugas dengan amanah. Bukan sekadar muncul ketika bermajlis/berkarnival dan berkempen.


3. Harap dipertingkatkan kemudahan asas yang merangkumi infrastruktur, bekalan air dll terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. *Merdeka dah lebih 50 tahun kan?


4. Kalau boleh, setiap kali masuk Semester baru, dapat Baucar Buku Percuma. *ok, cadangan melampau :D


5. Memperkasa Islam dan Pendidikan Islam dalam kalangan Masyarakat, bukan setakat di sekolah tetapi di semua syarikat, universiti, badan kerajaan, NGOs, dan semua lapisan masyarakat.


(98 Patah Kata)


Syarat Ketiga:


Pandangan terhadap Kerajaan Sekarang? Baik atau Perlu Diperbaik? Atau Perlu Tukar Kerajaan?


Hmm... Soalan membunuh (killer) Saya doakan yang terbaik sahaja. :) Perbaiki Kerajaan Sekarang ATAU Kerajaan Baru akan Naik ! :)


Syarat Keempat:


Ok, nak letakkan link di laman blog Abnag Ben Ashaari. Kalau Nak Join sama, jom ke Link:


http://www.benashaari.com/2012/05/segmen-apa-yang-ku-mahu-sebenarnya.html


Syarat Kelima:


Belum pukul 12 lagi. :D




---------------------------------
Itu Sahaja. Syukran. Wallahua'lam.


@ZahirulNukmanMN

Comments

Aimacomel said…
nk kekalkan kerajaan sedia ada okey, tapi byk yg perlu diperbaiki & ditambah baik..
Zahirul Nukman said…
@babycomel huhu.. tak kisah. Yang penting Islam mesti ditegakkan. Keadilan mesti diusahakan. Demokrasi mesti disegarkan semula. :)
Zahirul Nukman said…
@Cik Fie thanks sebab ajak. nanti kita join ye. ;)

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan