Kongsi Ramadhan !

Assalamualaikum w.b.t. Ha, bagaimana PUASA kalian setakat? :3 Sumber: Google Tergerak untuk menaip beberapa bait ayat. *huhu.. Baru sebentar tadi menghadiri Sesi Mentor (Mentoring Session). Ia merupakan aktiviti wajib di bawah Sistem Tarbiyah Pelajar KUIS. Tiada STP, Tiada Sijil ^^ Mentor saya ialah Ustaz Nushi Mahfodz Tadi, kami hanya melakukan beberapa aktiviti bermotif. Untuk lebih dekat antara satu dengan yang lain. Antara Quotes yang dapat hari ni.. ;) 1) "Contohilah Malaikat yang Tunduk (Hormat) Pada ADAM (Manusia) kerana ILMUnya. Jangan Jadi Seperti Iblis yang hanya Menilai ADAM (Manusia) kerana FIZIKALnya (dari Tanah)" Kebiasaan antara kita menilai orang dari luaran. Kalau Ustaz tak pakai kopiah, kata tiada Ilmu, tak thiqah. Kalau pakai seluar jeans, tak belajar agama. Kalau main gitar, haram. Kita lihat mereka dari luaran semata-mata. Sedangkan kita tak tahu bahawa mereka mempunyai ilmu mereka sendiri. Mereka tidak pakai kopiah,...