Hidup Sebagai Siswa Asasi
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, tanggal 21 Jun, saya disahkan bergelar Mahasiswa Asasi bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Program Kursus Asas Pengajian Islam.
Antara yang saya peroleh - perkara baharu - di sini yang agak lain daripada Institut sebelum ini (bukan membuat perbandingan, tetapi menghebah penemuan baharu yang ditempuhi) ialah:
1. Setiap Hari Isnin, Kami (Semua Pelajar Sem 1 Asasi) ditempatkan dalam kos (subjek) yang sama iaitu Introduction To Computer. Apa yang lain di sini ialah, minggu pembelajaran kami dimulakan dengan seorang antara kami membaca Doa Rabitah, dan diaminkan oleh semua. Bayangkan, walaupun bukan subjek 'Agama', tetapi subjek 'Dunia' bukan penghalang untuk dimasukkan elemen 'Agama'. Setiap minggu, kami mendoakan agar hati kami semua terikat dan tertaut antara satu dengan lain.
2. Setiap Malam Jumaat, Kami (Keseluruhan Pelajar Asasi) membuat Liqa Perdana PERSIS. PERSIS adalah akronim bagi Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS. ""Takziah, sebab saya ditaklif sebagai Ketua Unit Redaksi di bawah EXCO Penerbitan dan Multimedia PERSIS."" Dalam Liqa tersebut, kami mengadakan slot Tazkirah, Perbincangan PERSIS, Perjumpaan Sesama Pelajar Program (Pengajian Islam, Pengurusan, IT). Di Akhir liqa, kami membaca Doa Wahdah dan Salam Ukhuwah. Satu perkara baru bagi saya adalah Doa Wahdah. Doa perpaduan umat Islam.
3. Jika bercakap budaya ilmu, ternyata di KUIS banyak taman-taman ilmu. Taman-taman Ilmu di sini juga bebas dan tidak terlalu terikat. Maksudnya, di sini, perbezaan ideologi politik bukan penghalang untuk mengadakan taman Ilmu. Alhamdulillah, Saya sempat mengikuti beberapa program yang dianjurkan, antaranya,
> Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus
> Program Bedah Buku bersama Ustaz Riduan Mohd Nor,
Ada juga yang saya terlepas, seperti Sambutan Ulangtahun Ke-15 SaifulIslam.Com anjuran Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
*Di Sini, Rezeki Telah Terhidang, Antara Kita Mahu Atau Tidak*
4. Sama *agaknya* dengan kolej-kolej dan IPT yang lain, kami bebas dengan menggunakan peralatan elektronik seperti Komputer Riba dan Kelengkapannya, dan Telefon Bimbit Dan Kelengkapannya. Semua Pensyarah mudah dihubungi dan 'sporting', Alhamdulillah.. Cuma, di sini, segala peralatan elektrik seperti Seterika, Kettle, dan seumpama dengannya hendaklah didaftarkan. *Di sini saya ada pandangan berbeza :)*
5. Kami diwajibkan untuk mengikuti 2 program Pentarbiyahan, iaitu Usrah yang dipimpin oleh Naqib dalam kalangan Pelajar, dan Mentoring yang dipimpin oleh Pensyarah. Untuk Usrah, setakat ini belum berjalan secara formal, tetapi untuk Mentoring telah pun dijalankan. Saya dan beberapa lagi teman bermentorkan Ustaz Nushi (sebutan: Nus-Hi, bukan Nu-Shi) Mahfodz. Hadaf Mentoring ini boleh dikatakan sebagai Usrah, Perkongsian Masalah dan lain-lain.
Kata seorang temanku, "Kalau dulu, asal Usrah je mesti lari, Tapi kat sini, Usrah je mesti nak pergi." Alhamdulillah, betul kata beberapa sahabat lain, teknik Usrah perlu dipelbagaikan, yang penting matlamat mesti sampai.
(Artikel saya berkenaan Usrah : Memperkukuh Ukhuwah Melalui Usrah)
Insya-Allah, setakat itu dahulu untuk kali ini.
Di Dunia Ini, Buatlah Apa-Apa Pun, Yang Penting Ada Manfaatnya - Ustaz Nushi Mahfodz
Saya tambah, Ada Manfaat untuk Islam, Masyarakat dan Diri Sendiri. ;)
Wallahu a'lam.
Comments
insha-Allah, nanti contact2 la ye. ;)
untuk program asasi ni dpt apply scholarship tak?
untuk Exam, mengikut subjek. ada dalam bahasa melayu, dan bahasa arab.
boleh tak kalau lepasan asasi pengajian islam KUIS nak sambung ijazah sarjana muda di IPTA luar daripada KUIS ? contohnya di ukm , unisza , um dan lain2
tq