Memperkukuh Ukhuwah Melalui Usrah

Memasuki dunia remaja dan memakai gelaran siswa, memang sudah mula aku kurang komitmen pada sahabat. Benarkah? Mungkin betul. :) Jadi, solusinya, aku lebih suka menyertai usrah. Ya, Usrah  adalah solusinya.
JOM USRAH =)


Dengan Usrah, aku dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina sejak lebih 5 tahun. Bukan sekadar perkukuh ukhuwah, tetapi mendapat semangat daripadanya. Semangat apa? Mahu tahu? Hanya yang menyertainya sahaja yang mengetahuinya. hehe.. =)

Maka, terdengarlah ke telingaku kata-kata seperti di bawah ini...

"Eh kau, aku tak usrah pun ok je.... kitorang #sahabatseumurhidup tau"
"Alah kau, bajet je... usrah la konon. pi mam*** la.. ~"
"Weh, tak payah nak tarbiyah sangat la kan~"
"Kecoh tol dengan usrah eh~"


Ok, memang aku kecoh, memang aku sibuk, memang aku semua yang kau cakap, so what?? haha...


Aku hanya mampu tersenyum pada zahirnya, berbicara kesal secara batinnya. (^_^). Betul pepatah kata, *takkan arkitek boleh rawat manusia (oke, maybe tu peribahasa tak formal...hehe...). Maksudnya lebih kurang begini, orang yang bukan bidang, tak tahu apa-apa mengenai sesuatu yang bukan dalam bidangnya. Jadi, seseorang yang tak masuk/sertai usrah, tak kan tahu apa yang menariknya usrah ni, betul?

Kawan & Sahabat: Bezakah?

Kawan dan Sahabat memang berlainan. Perbezaan yang amat ketara.
Kawan: seseorang yang menjadi teman kita dikala senang, yang boleh membuatkan kita gembira. tanpa dia kita sunyi.
Sahabat: seseorang yang menjadi dampingan kita di kala senang dan susah. Ketika senang, dia turut gembira. Jika sedih, sama-sama merasainya. Tanpa dia, kita tiada guna.

OK, terpulanglah kepada kalian untuk mendefinisikan kawan dan sahabat ini. :)


Apa itu Usrah?

Pada mulanya, aku pun tertanya apa itu Usrah? Seperti sangkaan mulaku, aku menakrifkan usrah itu hanya sekadar duduk, dan menadah telinga. :D *oke, aku memang taktahu apa-apa time tu.

Usrah ialah Keluarga. Persaudaraan atas dasar Iman.  Ya, Ikatan atas dasar iman itu lebih kuat, teguh berbanding ikatan atas dasar nasab.

Usrah itu Pertemuan. Mas'ul ku berbicara, perkara yang penting dalam usrah adalah pertemuan. Dengan pertemuan, kita tahu masalah ahli usrah kita. Dengan pertemuan, kita dapat sama-sama menyelesaikan masalah. Justeru, ketika ada masalah, jangan 'lari' dari usrah !  Datanglah usrah, luahkan masalah, sama-sama kita bantu untuk selesaikannya. :)

Usrah itu Pembelajaran. Usrah yang sebenar bermula daripada selepas kita menutup perjumpaan dengan tasbih kafarah. :) Ia adalah Praktikal. Islam itu agama yang realistik, bukan sekadar idealistik. Bukan pada teori semata-mata, tetapi juga pada praktikal (amal). Jadi, resolusi sesebuah usrah iu dapat dinilai sepanjang kehidupan kita. :)

Ciri-ciri Utama Usrah
Ciri-ciri utama dalam Usrah yang perlu kita tahu ada 3 ciri utama... :)

1. Taaruf (Pengenalan).

Usrah itu Berkenal-kenalan. Berkenalan dan mengenali sahabat seusrah dengan lebih mendalam. Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Ciri pertama ini sebenarnya mengambil intipati daripada firman Allah:

"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara..."
- [Al-Hujurat: 10]

"Dan berpeganglah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..."
- [Ali Imran: 103]

Dengan berusrah, kita dapat mengenali ahli usrah dengan lebih dekat, ketahui masalah mereka, dan bersama menyelesaikannya. ^_^

2. Tafahum (Pemahaman / Faham)

Elemen Tafahum pula amat diperlukan dalam sesebuah usrah. Dengan FAHAM, kita dapat memahami bahawa setiap daripada kita faham akan kehidupan di Dunia ini. Apakah matlamat kehidupan? Di manakah kita selepas ini? dan kita sebagai manusia, tidak akan terlepas dariada membuat kesilapan. Jadi, sebagai pembuat salah, kita perlu mendapatkan nasihat @ terima dan bersedia untuk dinasihati oleh sahabat kita.
*insya-Allah, manusia memang tak terlepas daripada membuat silap


Mengenai faham dalam Islam, Imam Hasan Al-Banna telah merumuskan konsep FAHAM kepada 20 usul utama, atau lebih dikenali sebagai Usul Isyrin. huraiannya di sini [KLIK SINI]

3. Takaful (Tolong-menolong)

Dengan konsep takaful, maka sahabat se-Usrah dapat tolong-menolong antara satu sama lain dalam segala perkara, sama  ada bimbingan rohani, bantuan tenaga juga sumbangan berbentuk wang. :)

Firman Allah:
"Bantu-membantulah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan janganlah pula kamu bersubahat membantu dalam perkara dosa, dan keji.
- [Al-Maidah:2]

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka, itulah dia ketiga-tiga ciri utama yang ada dalam Usrah. Bukan sekadar menimba ilmu, tapi membentuk fikrah. Fikrah Islam, fikrah yang syumul merangkumi semua aspek, sama-ada siasah, iktisad, dan kemasyarakatan.
Kesimpulannya, Ayuh Berusrah ! Ayuh Memperkukuh Ukhuwah Melalui Usrah =)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan