Hadith Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
“Tuntutlah ilmu dan belajarlah ketenangan dan kehormatan diri,
dan bersikap rendah hatilah kepada orang yang mengajar kamu.”
(Hadith Riwayat Tabrani)

Ruangan Iklan Percuma. Muat Naik Iklan Anda dalam Blog Ini !! =)

Kakitangan Awam

Kongsikan Blog ini di Facebook anda !!

Friday, December 23, 2011

Kutub Sittah | Part V





Biodata Imam Tirmizi
Imam Tirmizi, nama asalnya adalah Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmizi ialah seorang perawi hadith dari Parsi yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari.

Beliau menyusun kitab ‘Sunan Al-Tirmizi’ dan ‘Al-Ilal’. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu.

Karyanya yang mashyur ialah Kitab Al-Jami’ (Jami’ Al-Tirmizi/Sunan al-Tirmizi). Ia juga tergolong salah satu Kutub Sittah (Enam Kitab Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal. Selain itu, beliau turut menulis kitab hadis Shamail al-Muhammadiyah (Kesempurnaan Rasulullah)

Saya kurang memperoleh maklumat lanjut tentang Kitab Sunan Al-Tirmizi . Sekiranya saya menemuinya, insya-Allah akan dikkemaskini. ^_^