Kutub Sittah | Part III
Assalamualaikum w.b.t. ! Pihak kami memohon kemaafan atas kelewatan menge'post' entri di blog ini. Justeru, kami kembali menyambung informasi berkenaan Kutub Sittah.
Teruskan bersama ZahirulOnline !
Sambungan daripada Kutub Sittah | Part II
Sekadar Hiasan | Membaca Jambatan Ilmu |
Kitab Sahih Muslim
Sahih Muslim (Tajuk
sebenar: Al-Musnad Al-Sahih bi Naqli Al-Adl) ialah salah satu dari enam kitab
hadith
dalam Islam mazhab Ahli Sunnah wa
Jamaah. Kitab ini yang disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua
kitab yang paling sahih dan murni selepas al-Quran, bersama dengan Sahih
Bukhari. Kedua-dua kitab sahih ini diterima oleh segenap umat Islam.
Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk
meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang
diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Imam Muslim
sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu
memberikan isyarat tentang adanya perbezaan antara lafaz-lafaz itu. Dengan
usaha yang sedemikian rupa, maka lahirlah kitab sahihnya.
Bukti mengenai keagungan kitab itu ialah suatu kenyataan, di
mana Imam Muslim menyaring isi kitabnya dari ribuan riwayat yang pernah
didengarnya. Diceritakan, bahawa beliau pernah berkata: "Aku susun kitab
sahih ini yang disaring dari 300,000 hadith."
Diriwayatkan dari Ahmad bin Salamah rhm, yang berkata:
"Aku menulis bersama Imam Muslim untuk menyusun kitab
sahihnya itu selama 15 tahun. Kitab itu berisi 12,000 buah hadith.”
Dalam pada itu, Ibn Salah menyebutkan dari Abi Quraisy
al-Hafiz, bahawa jumlah hadith Sahih Muslim itu sebanyak 4,000 buah hadith.
Kedua-dua pendapat tersebut dapat kita fahami, bahawa pengiraan pertama
memasukkan hadith-hadith yang berulang-ulang penyebutannya, sedangkan pengiraan
kedua hanya menghitung hadith-hadith yang tidak disebutkan berulang.
Imam Muslim berkata di dalam Sahihnya:
"Tidak setiap hadith yang sahih menurutku, aku
cantumkan di sini (dalam Sahihnya). Aku hanya mencantumkan hadith-hadith yang
telah disepakati oleh para ulama hadith."
Beliau juga pernah berkata, sebagai ungkapan gembira atas
kurnia Allah yang diterimanya:
"Apabila penduduk bumi ini menulis hadith selama 200
tahun, maka usaha mereka hanya akan berputar-putar di sekitar kitab musnad
ini."
Ketelitian Imam Muslim terhadap hadith yang diriwayatkan
dalam Sahihnya dapat dilihat dari perkataannya sebagai berikut:
"Tidaklah aku mencantumkan sesuatu hadith dalam kitabku
ini, melainkan dengan alasan; juga tiada aku menggugurkan sesuatu hadith
daripadanya melainkan dengan alasan pula."
Imam Muslim di dalam penulisan Sahihnya tidak membuat judul
setiap bab secara terperinci. Adapun judul-judul kitab dan bab yang kita dapati
pada sebahagian naskhah Sahih Muslim yang sudah dicetak, sebenarnya dibuat oleh
para pengulas yang datang selepas itu. Di antara pengulas yang paling baik
membuatkan judul-judul bab dan sistematik babnya adalah Imam Nawawi dalam
Syarahnya.
Biodata Imam Muslim
Abu Al-Husain Muslim bin Al-Hajjaj Qushairi al-Naisaburi, pengarang bagi kumpulan hadith kedua penting dalam Islam mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah, Sahih Muslim. Beliau juga dikenali secara ringkasnya sebagai "Imam Muslim."
Dilahirkan di Naisabur (Nishapur), Iran dan berketurunan Arab Qushair
Karya:
Sahih Muslim
Al-Tamyiz
Dari laman-laman blog/ website di Google.
Antaranya Wikipedia. =)
Comments