Kutub Sittah | Part IV


Gambar Hiasan | Situasi ketika Talaqqi Kitab


Kitab Sunan Nasaie
As-Sunan As-Sughra juga dikenali sebagai Sunan Nasaie atau Al-Mujtaba ialah salah satu daripada enam kitab hadith utama Ahli Sunnah wa Jamaah, dan telah dikumpul oleh Imam Nasaie. Ahli Sunnah Wa Jamaah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadith utama mereka.

Kitab Al-Sunan Al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadith (termasuk Mukarrar (riwayat berulang)) yang dipilih oleh Imam Nasaie daripada karya utamanya, Al-Sunan Al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadith hasan di samping hadith sahih


Biodata Imam Nasaie
Imam Nasaie, nama lengkapnya Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali al-Nasaie adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama Imam Nasaie kerana dinisbahkan dengan Kota Nasaie, salah satu kota di Khurasan. Beliau dilahirkan pada tahun 215H. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 13 Safar 303H
di Palestin dan beliau dikuburkan di Baitul Maqdis

Beliau menerima hadith daripada tokoh ulama ahli hadith yang berada di Khurasan, Hijaz, Iraq, Mesir, Syria, dan Semenanjung Arab. Beliau termasuk di antara ulama yang ahli dalam bidang ini dan kerana ketinggian sanad hadithnya. Beliau lebih kuat hafalannya menurut para ulama ahli hadits dari Imam Muslim dan kitab Sunan Nasaie lebih sedikit hadith daifnya (lemah) selepas Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Karangan-karangan beliau antaranya ialah, Sunan Kubra, Sunan Sughra (kitab ini merupakan bentuk perampingan dari kitab Sunan Kubra, Al-Khasais, Fadhail Al-Sahabah, dan Al-Manasik. Menurut sebuah keterangan yang diberikan oleh Imam Ibn Athir Al-Jazari dalam kitabnya Jami’ Al-Usul, kitab ini disusun berdasarkan pandangan-pandangan fiqh mazhab Shafie.


Imam Nasaie sangat teliti dalam menapis hadis-hadis yang termuat dalam kitab pertama, Sunan Kubra. Oleh kerana itu, banyak ulama bercakap “Kedudukan kitab Sunan Sughra di bawah martabat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Pada dua kitab terakhir, sedikit sekali hadis dhaif yang terdapat di dalamnya”.


Kerana hadith yang termuat di dalam kitab kedua, Sunan Sughra merupakan hadith-hadith pilihan yang telah disisih dengan ketat, maka kitab ini juga dinamakan Al-Mujtaba. Pengertian Al-Mujtaba bersinonim dengan Al-Mokhtar (yang terpilih), kerana memang kitab ini berisi hadis-hadis pilihan, hadis-hadis hasil sisihan dari kitab Sunan Kubra.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan