Jom Solat Gerhana Bulan !!!
Assalamualaikum w.b.t. semua =)
Insya-Allah, kita akan melalui peristiwa gerhana bulan esok (10 Disember 2011 bersamaan 15 Muharam 1433H). Justeru, ada beberapa rakan-rakan saya meminta agar saya menerbitkan entri berkaitan solat gerhana bulan. Terus saya merujuk beberapa sumber dan berikut adalah hasilnya.
Solat Gerhana Bulan
Nama:
Solat Gerhana Bulan, dalam bahasa Arab dipanggil Al-Khusuf.
Hukum melakukannya:
Sunat Muakkad. Sebagaimana Hadith Baginda s.a.w, mafhumnya:
"Sesungguhnya Matahari dan Bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Taala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. Oleh itu, apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan." - [Hadith Riwayat Muslim]
Kaedah solat:
Disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya:
As-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)
Cara Solat:
Saya memberikan kepada anda cara yang minimum. Cara yang mudah untuk semua. Perlu diingatkan di sini bahawa cara sebegini kurang memperoleh fadhilat yang sempurna kerana berlawanan dengan apa yang nabi lakukan. Namun, solatnya tetap sah. :)
Cara-caranya.

Rakaat pertama
- Niat solat Gerhana Bulan
- Takbiratul Ihram
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- Iktidal
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- Iktidal.
- Sujud
- Duduk antara Dua Sujud
- Sujud
Rakaat kedua
- Qiyam Peralihan rakaat.
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- Iktidal,
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud
- Duduk Antara Dua Sujud
- Sujud
- Tahiyyat Akhir
- Salam
Apabila solat telah sempurna, maka Imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah. Sama seperti dua Khutbah Jumaat dengan mendorong jemaah bertaubat dan melakukan kebaikan serta memberi peringatan agar tidak lalai dan terpedaya.
* Solat Gerhana Bulan dinyaringkan bacaan ketika bacaan Al-Fatihah dan surah.
* Disunatkan mandi untuk menunaikan solat gerhana. Sucikan diri dan hati. :)
Alhamdulillah, berikut yang di atas merupakan informasi mengenai Solat Gerhana Bulan. Moga bermanfaat.
Sumber: Fiqhul Manhaji Al-Shafie Jilid 1, terbitan Darul Fajr.
Comments