Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, July 18, 2012

Releven atau Tidak?


Assalamualaikum w.b.t.

Kekangan waktu membuatku sesak dan agak pincang untuk menaip bait-bait kata untuk tatapan pembaca blog ini. Biar blog ini mungkin ada yang membaca, mungkin tiada yang baca, tapi aku tetap lega dan berpuas hati. Sekurang-kurangnya impianku kini masih diteruskan. :D



Menjadi mahasiswa di Pusat Asasi sebuah Kolej Universiti Islam Antarabangsa memang mencabar. Dengan Assignment yang memang bertimbun (tapi sempat lagi curi masa untuk update blog :P), sesuai dengan kami sebagai pelajar Asasi yang belajar hanya setahun berbanding Diploma 3 tahun !

Bila belajar di tempat yang bertaraf Antarabangsa dan sebuah Kolej yang terbuka untuk semua (bukan terhad pada kenegerian semata-mata), maka aku perlu belajar sesuatu, belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan.

Di sini, semuanya berlainan daripada yang dahulu.
Pelajar dari Negara luar turut sama belajar.
Begitu juga dengan pelajar tempatan yang bukan Melayu.
Kenderaan boleh digunakan, walaupun bukan semua boleh.
Pengurusan Kewangan (amat-amat penting) mesti diuruskan dengan lebih teliti.
Pengurusan hal-ehwal Akhirat perlu ditekan sendiri, kerana di sini "jangan tunggu Ketua Unit Disiplin awasi kamu, Kamu kena tahu sendiri bahawa Allah sentiasa mengawasi kamu".


Semester 1 ni, aku mengambil 6 kos (subjek). Bayangkan, kalau sepanjang seminggu (melibatkan keenam-enam kos), kami diminta untuk menghantar assigment pada minggu hadapannya. Ini bermakna, sepanjang 2 minggu tersebut, kami kena work hardly and smartly untuk memastikan semua assignment kami dihantar !

Mujur, aku dikurniakan di sini rakan-rakan yang mudah difahami dan memahami.

Baiklah, sebuah pendahuluan yang cukup panjang. Sengaja kutitipkan life aku di sini. Kalau bukan kerana ini, apakah ada tujuan lain untukku membina blog ini? :P


Baiklah, fokusku sebenarnya kecil sahaja. Sejujurnya, sudah lama, aku tidak mengikuti isu perdana di Malaysia ni. Haha.. TV dah lama tak buka, Radio dah lama tak dengar. Aku hanya berpandukan pada laman Facebook sahaja untuk mengutip berita.

Isu terbaharu adalah isu yang 'Merapu dan Merepek'. Isunya ialah "Relevankah Telefon Bimbit Dibawa Ke Sekolah?"


Bagiku, soal relevan atau tidak itu, jawapannya adalah Tidak !

Ini kerana dengan pembawaan telefon bimbit ke sekolah, maka akan belaku banyak perkara:

1. Persaingan

Pelajar akan mudah rasa tercabar. Ingin bersaing. Secocok dengan emosi mereka yang agresif di waktu muda ini, maka persaingan akan mudah berlaku.

Jangan silap sangka, persaingan di sini, bukan bermaksud dengan bersaing dalam pelajaran. Tetapi, persaingan dalam menggunakan teknologi tercanggih.

"Eh kau, takkan guna three three ten (3310) je kot?
"Wah, kau guna Macbook? terbaik la..."

Tiba di rumah: "Ibu, ibu, nak iPhone sebijik boleh? please~"


2. Terjebak dengan Penipuan

Menipu ibu bapa.
"Yana, Yana kat mana tu? kenapa bising-bising kat situ?"
"Ha...Ibu, Yana kat makmal sains ni, Tengah buat experiment, tu yang bising tu..." balas si anak. Walhal, si anak hari tu ponteng kelas dan lepak di kafe siber.

3. Mudah Terpengaruh dengan Anasir Luar.

Semua tahu apa itu doktrin Barat. Jadi, demi mengelak daripada dipengaruh pada perigkat awal, maka pelajar-pelajar adalah mesti dilarang daripada membawa telefon bimbit !

Macamlah di rumah ridak dapat telefon bimbit !

4. Leka dan Tidak Fokus.

Bila cikgu mengajar kat depan, macam tak pernah akan ada orang yang berborak kat dalam kelas.
Inikan pula bila belajar dengan membawa telefon bimbit. Mulut memang diam, tapi otak masih tidak fokus, Malah lebih rancak, pelajar membalas tweet rakan twitter dan membalas komen di FB.


Maka, saya (insan yang tak pernah bawak telefon bimbit sepanjang Tingkatan 1-4, Tingkatan Lima selepas SPM baru bawak. :D) membantah sekeras-kerasnya sekiranya telefon bmbit boleh dibawa ke sekolah.

dan saya komited.

Larang Membawa Telefon Bimbit di Sekolah,
Tiada Larangan Untuk Membawa Telefon Bimbit di peringkat Mahasiswa !
Share:

6 Komentar:

Farzana Maulan said...

ana xde komen tntg stuju @ x, tp as mahasiswa yg faham dgn arus prjlanan smasa, bkn ke bw handphone ni bkn stu prkra bsar yg prlu dfikirkn. sedgkn sekolah MATRI yg tiada pagar n terdedah kpd anasir luar brjaya mntrabiyah para pljrnya.. yg plg pntg adlh dsar pndidkn n trbyah yg sbnr..

amien mohd isa said...

saya sebagai lepasan sekolah menegah menolak seratus dua puluh peratus penggunaan telefon bimbit di sekolah kerana saya juga tidak dapat mersai keadaan begitu semasa di sekolah dahulu, sampai 4 bijik fon kot kene kebas dengan cikgu disiplin, sabar je laa`, haha :D

kaki bola said...

cuba tanya budak2 skolah pun boleh fikir benda ni relevan ke tidak. teruk betul sape yang cadangkan.haih

Zahirul Nukman said...

@Farzana Maulan
Betul. yang penting ialah tarbiyah di sekolah tu. ;)

Zahirul Nukman said...

@amien mohd isa
haha, aku baru 2, *tu pun time dip. :P

Zahirul Nukman said...

@kaki bola
Budak sekolah ade yang setuju. tapi ramai mak ayah tak setuju. ;D pokai la kalau ade 6 anak masih sekolah. semua nak. APTB. haha

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi