Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Saturday, July 21, 2012

GA: Rahmatnya Ramadhan



Assalamualaikum semua.


Jika tahun lepas, aku memaparkan sebuah rencana tulisan sendiri berjudul: [Menyelusuri Denai Ramadhan], manakala tahun ini pula aku agak malas untuk memberi nukilan yang sebegitu. Cuma, aku ingin menyertai sebuah giveaway sempena Ramadhan kali ini. Rahmatnya Ramadhan !
Ramadhan itu sebuah persiapan. Ia adalah sebuah madrasah tarbiah. Universiti rahmah dan maghfirah. Tempat kita melatih diri untuk memperbanyakkan amalan dan mempertingkatkan ibadah. Tempat di mana kita mengutip dan memungut seberapa banyak bekalan untuk meneruskan sebuah perjalanan ke Universiti Ramadhan tahun berikutnya ...
Giveaway kali ini dianjurkan oleh Musical Xiao .







Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan pertama saya berpuasa di KUIS | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. *awak ni tak habis-habis promote pasal kolej baru awak. huhu.. sorry, dah memang kolej baru kan? ;P


Ramadhan kali ini ialah Ramadhan pertama saya tidak berpuasa di ITQAN | Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan. 


Ramadhan kali ini insya-Allah akan cuba khatam baca al-Quran 30 juzuk, dengan rakan-rakan. Insya-Allah. 


Ramadhan kali ini, saya akan menyiarkan status #MutiaraRamadhan setiap hari sekurang-kurangnya satu status di laman Kumpulan Daie Muda. 


Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan yang paling banyak assignment. *HAHA -sampai waktu tulisan ini tertulis, masih ada3 lagi assignment yang perlu disiapkan. =,='


Ramadhan merupakan bulan latihan. Bulan yang berhadafkan *bermatlamatkan TAQWA.


Firman Allah s.w.t, maksudnya:


"Wahai orang yang berIMAN, telah diwajibkan ke atas kamu berPUASA sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang berTAQWA."


[Surah al-Baqarah: 183]


Taqwa bermaksud: 
"Memelihara hubungan yang baik dengan Allah, memelihara diri agar tidak terjebak kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t, memelihara segala perintah-Nya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangan-Nya supaya dapat dijauhi." [from: Encik Wiki]

Jadi, ayuh kita tingkatkan amalan di bulan yang penuh barakah dan rahmat-Nya kali ini. 
Buat satu perkara wajib, dapat 70 kali pahala wajib.
Buat satu perkara sunat, dapat 1 pahala wajib. 


Jom semua, kita kumpul pahala banyak-banyak ya. ;)



Share:

2 Komentar:

amien mohd isa said...

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan kali ini. ;)

Have the best amalan in this Ramadhan !!

Ramadhan Kareem .

Zahirul Nukman said...

@amien mohd isa

Allahu Akram =)

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi