Kongsi Ramadhan !

Assalamualaikum w.b.t.


Ha, bagaimana PUASA kalian setakat? :3


Sumber: Google
Tergerak untuk menaip beberapa bait ayat. *huhu..


Baru sebentar tadi menghadiri Sesi Mentor (Mentoring Session). Ia merupakan aktiviti wajib di bawah Sistem Tarbiyah Pelajar KUIS. Tiada STP, Tiada Sijil ^^ Mentor saya ialah Ustaz Nushi Mahfodz


Tadi, kami hanya melakukan beberapa aktiviti bermotif. Untuk lebih dekat antara satu dengan yang lain.


Antara Quotes yang dapat hari ni.. ;)


1) "Contohilah Malaikat yang Tunduk (Hormat) Pada ADAM (Manusia) kerana ILMUnya. Jangan Jadi Seperti Iblis yang hanya Menilai ADAM (Manusia) kerana FIZIKALnya (dari Tanah)"

Kebiasaan antara kita menilai orang dari luaran. Kalau Ustaz tak pakai kopiah, kata tiada Ilmu, tak thiqah. Kalau pakai seluar jeans, tak belajar agama. Kalau main gitar, haram.

Kita lihat mereka dari luaran semata-mata.

Sedangkan kita tak tahu bahawa mereka mempunyai ilmu mereka sendiri. 

Mereka tidak pakai kopiah, mungkin kerana ingin mengurangkan simptom Islamophobia dari orang lain. *ramai yang menafikan wujudnya Islamaphobia dalam kalangan Muslim sendiri, tetapi ia tetap ada !.

Mereka pakai seluar jeans, mungkin untuk panaskan badan. Well, cuaca sekarangkan sejuk ~ Lagipun, pakai seluar jeans, bukannya HARAM !

Mereka main gitar, kita tuduh ia adalah haram. Sedangkan, selagi mana kita tak bawak perkara tersebut kepada haram, maka hukumnya HARUS !

"Jangan Sampai Jadi Najis!" - Pesan Ustaz Azhar Idrus

2) Kita Selalu Meminta Kepada Allah Perkara Yang Terbaik Untuk Kita,
Tapi Adakah Kita Selalu Beri Yang Terbaik Kepada Allah?

Ini pula kata-kata muhasabah. 

Jika difikirkan kembali, ada benarnya.

Kita Tamak Untuk Mengambil Semua.

Aku Nak Itu. Aku Nak Ini.

Kita Nak Orang Bagi Kat Kita.

Tapi Sedar Atau Tak, Kita Tak Pernah Terfikir Pula Untuk Beri Pada Orang Lain, Kan?

Jadi, Soal kembali Diri Kita. (:

Layakkah kita meminta tanpa kita memuaskan pemberi apa yang dipinta?


Sekadar itu, perkongsian Ramadhan kali ini.

Wassalam.

Comments

Hidayah Ahmad said…
Thanks for sharing !
Zahirul Nukman said…
@Hidayah AhmadWelcome =) Jemput datang lagi. ^^

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan