toleransi atau hipokrit?

*posting kali ini mungkin agak emosi (tetapi ayat masih dalam kawalan 'Bahagian Pengawalan Emosi-Bahasa Zahirul Nukman' *k, merapu). Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang.

Pernah dengar tak apa itu toleransi? Bagaimana pula dengan hipokrit? Apa kaitan antara kedua-duanya?

Baiklah, berdasarkan Kamus Dewan edisi kedua maksud toleransi ialah sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang / sikap dapat menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran orang lain. (Saya lebih suka maksud: sikap dapat menerima atau menghormati pendapat)

Manakala maksud hipokrit pula adalah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik / orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya.

Kaitan kedua-duanya adalah hubungan sesama manusia. :)
---------

Gambar Hiasn | Saya bukan seperti dalam gambar ! :)
Inilah dilema yang saya lalui sekarang. diri saya seadanya cuba untuk 'masuk' kepada semua kawan. Umum mengetahui bahawa setiap orang mempunyai perangai masing-masing. Ada yang alim, ada yang biasa-biasa, ada yang suka membaca, ada yang minat anime, ada yang merokok, ada yang happy-go-lucky, dan macam-macam lagi tabiat dan perangai yang Allah cipta.

Allah s.w.t ada berfirman, yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) [Al-Hujurat:13]

Memang tabiat saya adalah cuba untuk boleh masuk dengan semua orang. Walaupun kadang-kadang kita kekok dengan perangai mereka, tapi saya masih mencuba. Tapi, jika memang tak boleh amasuk, memang tak boleh buat apa la. he he.

Bila melepak dengan kelompok alim, kita ubah jadi agak baik. Bila dengan yang biasa-biasa, kita jadi macam biasa. Bila lepak dengan peminat anime, kita tengok cerita anime sama-sama. Bila melepak dengan perokok, kita buat seperti biasa. Saya tidak merokok, harap maklum.

Kadang-kadang bila kita berborak, mereka (semua golongan) ada pendapat masing-masing terhadap satu-satu isu. Kelompok A tak suka perangai kelompok D. Kelompok C, ada cerita yang lain pula. Kelompok B, mereka ada pandangan lain.

Bila mereka semua berkumpul, mulut masih senyum. Tapi hakikat sebenar disimpan, dipendam. Itu terpulang pada mereka. :)

Cuma, yang agak merana adalah saya. Kelompok A cakap ni, saya sokong, kalau salah ada tegur sikit-sikit, bukan semua. Begitu juga dengan yang lain. Sehinggakan seolah-olah saya tersokong yang salah, dan di tempat lain, saya sokong yang betul.

Bila pendapat mereka bertembung, kelompok A dengan pendapat yang mereka rasa betul, manakala kelompok B dengan pendapat yang mereka juga rasa adalah betul.

Dan akhirnya, saya terpaksa keluar daripada kedua-dua kelompok. Tujuannya adalah mudah bagi saya untuk memberi penerangan secara natural, dan tanpa terikat antara mana-mana pihak.

Ya! itu yang saya cuba buat. Kita tidak boleh mudah menghukum (memang bukan mudah), Apa yang boleh kita buat hanya memberi harapan, mendorong mereka ke arah yang baik.

Biar saya dituduh hipokrit atau apa-apa lain, walhal saya cuba bertoleransi demi menyampaikan kebaikan kepada semua. Niatku hanya untuk menjadi orang tengah, yang punya pandangan yang win-win situation, yang bebas berprinsip tidak terikat dengan pandangan yang terlalu literal (Syadid) dan liberal (Longgar).

Wallahua'lam.

Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang.

Boleh berikan komentar. :) Terima kasih

Comments

Qalamqudus92 said…
Sebaik baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Jadilah golongan pertengahan, bukan hipokrit tapi jadi diri sendiri.

Redho manusia itu tak dapat di capai kerana pelbagai. Memang tak dapatlah nak puaskan hati semua pihak.

Oleh hal yg demikian, jadikan diri fleksibel, neutral, dengan alam sekeliling. Dunia universiti sememangnya memenuntut kita menjadi seorang yang berjaya.

Tapi berjaya dalam semua aspek.

:)

Mohon ampun Allah jika tersalah bicara.
Zahirul Nukman said…
@Qalamqudus92 Insya-Allah, ukhti. :) Terima kasih atas nasihat dan dorongan anda. :)

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan