Manusia dan Musim Tema-tema Mereka

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia ! Salam Maulid al-Rasul ! Kadang-kadang aku terfikir yang kita ni hanya hidup bertema. Well, manusia memang suka 'tema' kan? bukan apalah kan, sebab kebanyakkannya khususnya di Facebook (termasuklah yang bercakap ni. haha !), suka sangat dengan tema-tema tertentu. Contohnya, Isu Boikot Barangan.Israel. Selepas Israel membuat serangan yang akhirnya menimbulkan kemarahan Muslimin, hampir semua turut sama marah dan sama-sama berkempen agar memboikot produk yang menyokong Israel. Sehinggakan, McD pun ramai yang tidak lagi kunjungi (untuk waktu itu). Namun, akhirnya kini, semua sunyi dan senyap. McD kembali ramai. Boikot tidak lagi bergerak. huh ! Lebih cepat sejuk dari tahi ayam kita ni ! Seterusnya, Isu Listen baru-baru ini. Huh ! Heboh satu Malaysia yang dichentai tentang tindakan 'kurang pandai' seorang pemegang ijazah terhadap seorang Mahasiswi. Secara baiknya, ya, ia menyedarkan kepada semua bahawa trend pembodohan ma...