"Sudah-sudah la Politik tu" heh.


Assalamualaikum.



Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini:

"Sudah-sudah la Politik tu Zahirul."
"Apa kau dapat bila kau masuk politik"

Okey, sini. Saya nak jawab.

1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi.

2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu.

Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (2008), saya mengikuti perkembangan pilihan raya dengan merujuk akhbar. Alhamdulillah, dengan melihat peta kawasan DUN dan Parlimen, saya 'score' subjek Geografi yang mengehendaki kita untuk mengingat nama-nama tempat. Ini 'advantage'-nya.

Kemudian, jika pensyarah bercakap dan mengeluarkan beberapa isu, sekurang-kurangnya saya tidak terpinga-pinga, menjadi misteri, dan sebagainya akibat ketidaktahuan saya tentang isu tersebut.

3) Saya minat politik, atas sebab menjadikan politik sebagai medan dakwah dan tarbiyah. Paling tidak pun, saya ada platform untuk berdakwah.

Pegang kata-kata ini !

4) This is my passion. So, let me do what I want ! :P

5) By the way ! saya tak minat nak jadi Ahli Parlimen atau ADUN. Cukup sekadar saya mengetahui keadaan politik di Malaysia yang dichentai ini. =)

"Proud To Be Malaysian !"

Ok bai ! Salam. =)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan