Manusia dan Musim Tema-tema Mereka


Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia ! Salam Maulid al-Rasul !



Kadang-kadang aku terfikir yang kita ni hanya hidup bertema. Well, manusia memang suka 'tema' kan? bukan apalah kan, sebab kebanyakkannya khususnya di Facebook (termasuklah yang bercakap ni. haha !), suka sangat dengan tema-tema tertentu.

Contohnya, Isu Boikot Barangan.Israel. Selepas Israel membuat serangan yang akhirnya menimbulkan kemarahan Muslimin, hampir semua turut sama marah dan sama-sama berkempen agar memboikot produk  yang menyokong Israel. Sehinggakan, McD pun ramai yang tidak lagi kunjungi (untuk waktu itu). Namun, akhirnya kini, semua sunyi dan senyap. McD kembali ramai. Boikot tidak lagi bergerak. huh ! Lebih cepat sejuk dari tahi ayam kita ni !

Seterusnya, Isu Listen baru-baru ini. Huh ! Heboh satu Malaysia yang dichentai tentang tindakan 'kurang pandai' seorang pemegang ijazah terhadap seorang Mahasiswi. Secara baiknya, ya, ia menyedarkan kepada semua bahawa trend pembodohan mahasiswa, sekatan untuk mahasiswa bersuara, provokasi yang memburukkan musuh politik kini semakin menjadi-jadi. Maka, usaha untuk mencetuskan sarkastik kepada golongan tertentu itu perlu digerakkan. Namun, kini hampir diam.. suram.

Dan Alhamdulillah, kini masuk pula musim sambutan Maulid al-Rasul. Positifnya, Alhamdulillah semua di FB mengemas kini FB mereka dengan post yang Islamik, hadith, kempen dakwah, kata-kata ulama dan sebagainya. Di kampung-kampung, taman perumahan dan masjid pula menganjurkan perarakan Maulid al-Rasul bagi menzahirkan kecintaan kepada Baginda s.a.w. Namun, sedikit teguran, dalam kita kononnya menzahirkan kechentaan kepada Baginda s.a.w, koreksi semula diri kita.

Apakah aku berarak ini, aku menutup auratku?
Apakah aku berarak ini, aku sudah menegakkan syiar Islam yang hakiki?
Apakah aku menyambut maulid Baginda ini, aku cukup boleh memperoleh syafaat Baginda?
Adakah aku ini bisa memperoleh Syafaat Baginda s.a.w?

Allahu akbar ! Dalam sibuk bermegah-megah dengan maulid, dan program-program Islamik, seharusnya kita tidak lupa dengan tugasan kita. Pertandingan Tilawah sudah dianjurkan, Perarakan Maulid sudah berlangsung, namun adakah program Hitam sudah kita basmi?

Sekadar perkongsian,

Sunnah terbesar adalah Dakwah dan Tarbiyah yang bermatlamat menegakkan Islam di bumi Allah ini selain memperoleh keredhaan-Nya. Hidupkan Islam dalam Diri, itu wasiat teragung dari Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Rasulullah s.a.w, bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara - yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya - Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w." (Hadith riwayat Muslim)

"Hidupkan Sunnah, Sebarkan Mahabbah"


Sama-sama kita usahakan. Sekadar lontaran pendapat.
Salam Maulid al-Rasul. Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan