Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, January 02, 2013

2013 : Tahun Perubahan | Bingkisan ORKED.




Alhamdulillah, sambutan tahun baharu kali ini, Tahun Perubahan 2013 bersama Tim GAMIS dan ratusan Mahasiswa Malaysia, di Dataran Merdeka.




Operasi Dakwah Dirasai (ORKED 2012), bermula selepas solat Isyak. Aktiviti kami, berdakwah dengan 3S (Senyum, Sapa, Salam), mengedarkan risalah dan takwim, serta membuat Flash Mob.

Paling 'sabar je la' apabila semasa mengedar risalah, kami diprovok dengan tiupan Vuvuzela - yang menghalakan corongnya ke arah kami - yang amat-amat membingitkan. Namun, satu sahaja yang tersemat, "Dakwah, harus ada ujian !"

Depan Pentas Utama, sedang berlangsung Konsert yang turut dihadiri pemimpin Islam Negara, dan di'seri'kan dengan lagu-lagu dari artis tempatan dan luar (terutama Artis K-Pop). Namun, di belakang pentas pula, ratusan Mahasiswa sedang berkumpul mendengar pidato dari pimpinan mahasiswa Malaysia.

Antara yang hadir adalah pimpinan GAMIS yang diketuai oleh Muhammad Azan Safar, Presiden GAMIS dan mahasiswa/i seluruh Malaysia terutama dari kampus Lembah Klang, seperti UKM, UM, UPSI, UIA dan ramai lagi. :')

Detik Kiraan Tahun Baru 2013 ini dengan Tasbih dan Takbir. Best !
Makin kuat bunyi bunga api, makin kuat kami berzikir.

Selepas program tersebut, berehat di sesuatu tempat -dirahsiakan-. Mencari relaksasi, mengurai ketegangan. Dakwah perlu rehat, tapi bukan terus berhenti ! :)

Sedikit gambar dari sahabat dan dari FB GAMIS. :')
Nak tengok lagi, kat sini : link





#Salam Perjuangan semua.
2013 : Tahun Perubahan.


Share:

2 Komentar:

Husna Humairah said...

bestnya. taktahu pun ada gathering macam ni T_T rugi sangat.

Zahirul Nukman said...

@Husna Humairah takpe, lain kali boleh tengok di FB. Best sangat !

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi