Cerita cuti sikit
Assalamualaikum. Hiuh ! *Lap peluh dekat dahi*
Akhirnya tercapai juga impian untuk menulis. Untuk pengetahuan, sudah empat hari saya mahu menulis dalam Blog ini.
Saya tak tahu macam mana nak katakan. Mana taknya, bila mahu menaip, ada halangan datang. Ada tu mula-mula bersemangat, tapi bila dah buka 'dashboard', semangat hilang. Bila dah sedia nak tulis, line internet pula terputus. Nasib-nasib. :)
Apa-apapun, saya sudah berada di sini. *yeay !* OK, nak cerita apa ye? Sebenarnya cuti seminggu pertama ni tak buat kerja apa sangat. :)
Ha ! Hari tu kan, hari Isnin lepas, saya ke Lembah Pantai. Sebenarnya agak terkejut la bila mana di kawasan Kuala Lumpur sedang hangat 'perang bendera' sedang berlaku. Mana taknya, di kawasan Pajam-Mantin ni, perang belum bermula. *Luar Bandar la katakan* Ish ish ish.
Kemudian, sepanjang minggu ini juga, saya membantu ummi saya membungkuskan makanan untuk diedarkan ke Balai Polis berdekatan, untuk diberi kepada banduan tahanan reman *or something like that laa*. :) Best dapat tolong, bungkus-bungkus, balut-balut, bahagi-bahagi, kira-kira dan sebagainya.
Makanan tu takde la macam daif sangat. Agak lengkaplah, dengan Nasi+Lauk+Sayur+Kuah lebih (haha). Macam makan di Asrama. Beruntung siapa yang masuk jadi banduan tu #ehh. Okey, bergurau je.
Sebenarnya tu la, sedih bila kita dengar ada yang masuk keluar penjara, ditahan dengan banyak masalah.
Mereka ni, kita doakan agar sama-sama diberi hidayah oleh Allah. Allah maha pengampun tau ! :')
Seterusnya, kerjaku yang lain adalah menjadi 'guru tuisyen' kepada adikku, Dik Nana. Nana tak sekolah tiga hari dah. Batuk-batuk + Selesema dan seumpamanya laa... Tapi di rumah ni, okey je. Pelik budak sekarang. haha. Ajar dia Mathematics, TULIS (bukan ajar) bahasa Mandarin, dan .. tu je la. haha *macam banyak*
Kemudian, kerjaku lain adalah dalam talian (online). Ada dua event yang bakal dilangsungkan.
1) Kempen Iqra Asasi KUIS. Kempen Membaca ni kami lancarkan secara permulaan pada waktu cuti ni. Jadikan membaca sebagai amalan kehidupan. *acewah* Like Page IQRA PERSIS
2) Segmen: Hijrah Itu Indah. Nantikan Segmen yng dianjurkan oleh Website TeamHijrah.My ni nanti ya !
Buat permulaan, itu sahaja untuk diceritakan. Sekian dahulu daripada saya, Amir Madani Alkahfy.
Kejap, Amir Madani Alkahfy tu apa? Em... Amir (Putera), Madani (Kemajuan) Alkahfy (Nama kompani dahulu yang sudah diganti nama.- sekarang saya still nak guna lagi) , maka jadikan Amir Madani Alkahfy. Ah, tak kisahlah apa orang nak katakan. Assalamualaikum ! :)
-----------------------------------------------------------
IKLAN.
Sesiapa yang ingin menaja/memberi sumbangan untuk Segmen Hijrah Itu Indah anjuran #TeamHijrah.My, boleh berhubung di Facebook saya. Terima Kasih. =)

#DemiRakyat |

Comments