.Manner and Respect.


Assalamualaikum semua !

Bertemu lagi dan lagi. Salam keamanan, Salam reformasi #ehh.

Ni nak cerita, hari tu kan, ada la timbul beberapa isu (yang mungkin aku sendiri bangkitkan -well-) di Twitter. Nampak macam besar, tapi Twitter kan. Bila dah namanya Twitter, orang yang kita tak kenal pon boleh retweet kita punya post *takde kaitan*. Okey, straight to the point. Kalau dah nama Twitter, ia mesti melibatkan orang lain. Ye la, kawan kita retweet apa kita pos, kemudian kawan-kawan dia pula baca apa yang kita tulis, kemudian balas sampai berbeza pendapat. Perbezaan pendapat tu tak kisah, tapi sampai salah konsep....tu jadi bahaya.

Jadi, inilah fokus aku untuk posting ini. *ala, hal twitter pun nak jadi isu kat blog* Eh eh, bukan tentang Twitter sangat pun sebenarnya, tapi tentang ADAB. :)

Ya. ADAB. Adab kita kepada orang yang kita patut beradab manusia.

Dan aku nak fokus pada adab kita dengan ulama. Tak kiralah ulama tu belah hijau ke, biru ke, kuning biru (Arus Baru) ke atau mana sekalipun. :) Bila seseorang ulama tersebut berbeza pendapat dengan ulama lain, maka kita perhatikan dan hormat. Tak perlu masuk campur urusan 'perbezaan' mereka.

Pendirian aku kan,

1. Ulama yang tiada pendirian tetap dalam Siasah dan yang tidak menyokong perjuangan Gerakan Islam adalah Ulama yang bermasalah. *rigid kan?*

2. Ya lah, mana mungkin, ulama tidak dapat bezakan yang mana baik (gerakan yang perjuangkan Islam) dan buruk (parti sekular nasionalis). 

3. Walau bagaimana sekalipun, kita tetap hendaklah menghormati ulama (walaupun yang bermasalah) ini, demi menjaga keharmonian bersama kerana setiap ulama tersebut ada cara masing-masing mengikut keadaan setempat. :)

Contohnya,

Bagiku, di Malaysia, secara betulnya baik sokong Parti Islam Se-Malaysia. Tapi kalu dia masuk UMNO, bagiku itu masalah. Tapi, suasana di Malaysia, jangan disamakan dengan Syria. *dah tetiba syria pulak*


Tahu kan Syria sedang bergolak, jadi ada ulama yang menyokong kerajaan laknat Bashar Al-Assad, ada ulama yang berjuang menantang Al-Assad.

Bagiku, tindakan segelintir ulama yang menyokong Bashar Al-Assad, bukan sebab mereka nak sokong sangat. Tapi nak jaga kemaslahatan ulama lain. Contoh yang masyhur adala Sheikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti, tokoh yang terkenal dengan buku Fiqh al-Sirah. Ada ulama yang menentang Bashar Al-Assad, contoh yang masyhur adalah Sheikh Dr Muhammad Ali Al-Soubuni, ketua Kesatuan Ulama Muslimin Syria.


Sheikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti 

Sheikh Dr Muhammad Ali Al-Sobouni
Bagiku, tindakan Sheikh Al-Bouti itu tepat, kerana disebabkan beliau menyokong, sekurang-kurang ulama ahli Sunnah wal Jamaah lain ada yang masih selamat tidak dibunuh.

Bagiku, Tindakan Sheikh Al-Soubuni juga tepat, kerana menjelajah seluruh dunia dan mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Syiah Nusairi (Syiah Sesat) pimpinan Bashar Al-Assad.


Tindakan kita pula bagaimana?
Nyatakan sokongan kepada kedua-duanya kerana kedua-dua tindakan adalah betul. Kita  teruskan doa dan derma (Du'a & Donate), berikan kefahaman tentang Syria dan Syiah Nusairiyah yang sebenar kepada masyarakat umum dan sebagainya yang membantu ke arah menjatuhkan Bashar Al-Assad.

Jangan pula kita sibuk berbalah, *eh, Sheikh Al-Bouti tu sokong Al-Assad boleh,?*, *Eh, Sheikh Al-Sobouni ni bukan ada dekat Syria pun, nak tentang Bashar sangat kenapa?*, dan soalan-soalan yang jelas kelihatan ketidakmatangan.


Kita sudah lihat sendiri kekejaman Syria dalam video, menara masjid diruntuhkan, rumah dibom, adik-adik kita dipotong kaki, ayah-ayah kita ditikam, ibu-ibu kita dirogol, kita pula sibuk dengan mana betul mana salah lagi.

Jadi, please keep your manner and show your respect to our Ulama.

Btw, ulama yang sokong UMNO bagaimana?

Sokong UMNO memang bermasalah, sebabnya UMNO ni tak angkat senjata pergi bunuh semua orang tapi dia julang Nasionalisme melebihi Islam. Dia masih dalam baik-baik je, tapi tanam pemikiran merosakkan. Jadi, disebabkan suasana 'aman' inilah, kita kena tegakkan Islam. Jangan nak tunggu perang, baru nak tegakkan Islam.

Walau apapun, mereka yang sokong UMNO seperti Datuk Pirdaus Ismail, Datuk Seri Jamil Khir Baharum (ulama ke?), Datuk Dr Abdullah Md Zin, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ustaz Muhammad Kazim Elias (ye ke?), kita masih hormat mereka kerana ilmu mereka.

Aku respect degan Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebab kepakaran beliau dalam Ekonomi. Begitu juga dengan Dr Abdullah Md Zin, walaupun tak berapa nak terkenal, tapi keilmuan beliau dalam agama tetap mantap.


Okey, sampai di situ sahaja yang ingin aku luahkan. Ini pendapat aku.


Yang penting, 
kepada pengundi PRU-13 nanti, jangan lupa undi PAS. 
Yang belum cukup umur untuk mengundi, jom pakat kita bantu gerakan Islam ni. (:

Wallahua'lam. (:

#DoaUntukSabah

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan