Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.


.



Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah.

Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol.


1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa.

- Pengajian Islam di Dataran Merdeka.
- Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali.
- Program kerohanian akan terus dilakukan.

2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS.

- Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah
- Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya.

3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat.

- Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan.
- Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untuk waktu itu untuk memberi peluang menegakkan syiar Islam yang ditetapkan.

4) Pemerkasaan fungsi Masjid.

- Memastikan Masjid dan Surau rancak dengan kuliah.
- Penyusunan Ulama perlu disusun dengan baik di Masjid.
- Para Imam diberi penekanan yang baik, dan mengkualitikan peranan mereka agar menjadi imam kepada solat dan imam kepada masyarakat.
- Mewujudkan Surau Jumaat di premis awam dan pusat beli belah utama.

5) Menambah dan memperbanyakkan Syiar Islam dalam media elektronik terutama media penyiaran.

6) Malaysia menjadi Hub Ulama Sedunia.
(Menjadi pangkalan para ulama. Malaysia Jannatul Ulama wal Masyayikh)

Malaysia menjadi tempat persinggahan ulama dari aspek:
- Menjadi Tuan Rumah yang menganjurkan pertemuan ulama hasil perbincangan yang memberi kesan kepada masyarakat.
- Memberi peluang kepada rakyat untuk belajar dari ulama Muslimin.
- Membawa hala pemikiran masyarakat kepada yang sepatutnya.

-----------------------------
Ayuh bersama kita doakan kejayaan Parti Islam Se-Malaysia dalam mengembalikan syiar Islam.
Allahu Akbar !

Comments

Anonymous said…
Laksana dulu kat kelantan dan kedah. Kat dua negeri tu pun duk terabur lagi . sokong pas, anwar jadi pm. Sape nak ketua jenis main jubo?
bener sekali itu,,,, laksana dlu saja ini ,,,

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan