Of Our Examination, Friendship and Expectation
I ___________________________________ Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini. Yang sudah. Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei) Bahasa Kebangsaan. (16 Mei) Yang belum: Bahasa Arab (mungkin 21 Mei) Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK ! ) *mungkin : bermaksud tak pasti. haha. Berbicara soal examination , Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut. Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :) Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk', Bila berkata soal peperiks...