Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, May 12, 2013

Tentang ISM.

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ini, semua berbicara tentang ISM. 
Bukan pertubuhan NGO-Politik ISMA, atau 'ism, ism' yang lain.
Tetapi soal Ijazah Sarjana Muda.

Hakikatnya aku buntu. Kaku dan lesu.
Namun dipujuk juga Qalbu,
Harus tempuhi semua yang bakal berlaku !

Okey, cukup. Tak perlu berima-rima yang indah. Haha. Serabut juga kepala ni bila memikirkan apa yang inginku sambung untuk ISM nanti. 

Soalnya, jangan ditanya tentang cita-cita. Aku pasti tidak bisa menjawabnya. Dari dulu, tak lain tak bukan. Aku hanya 'berani' menyebut, cita-citaku adalah Pendidik. fullstop.

Kalau tanya orang lain, mesti dah 'set up' apa yang mereka inginkan. Ada yang nak jadi Pegawai Pemasaran lah, Doktor lah, Tutor lah, dan lain-lain lagi lah. Peduli. Itu orang lain. Bukan aku. Heh.

Sebenarnya, aku sudah ada pun syarikat, lagi mahu apa kan? Haha. 

Okey, insya-Allah. Dalam borang permohonan kemasukan, pilihanku adalah:

Pertama: Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Insan.
Kedua: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua.
Ketiga: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan.

Rasionalnya:
1. Aku sudah ada syarikat konsultan sendiri bersama rakan usrahku yang lain, di bawah seliaan Ustaz Amiza Khusyri Yusof. Namanya ialah Zikra Minds Resources. Cari di Facebook. Taip: Zikra Minds Resources. Insya-Allah boleh di-Like. :)

Jadi, apa kaitannya? Kaitannya, syarikat Konsutan memerlukan juga individu yang bergelumang dengan kos dakwah, kan? Jadi, Program Dakwah ini bertepatan dengan tugasan di Zikra Minds tersebut.

2. Subjek yang ditawarkan selari dengan apa yang dimahukan. Okey, sebenarnya ketiga-tiga pilihan tersebut aku minat. 

Dakwah, subjeknya lebih kepada Fiqh Dakwah (nama pun dakwah), Fiqh Haraki, karya-karya Sayyid Qutub, Imam Hasan Al-Banna (mungkin) dan sebagainya. Subjek nya pula lebih dekat dengan agenda-agenda tarbawi. Itu yang membuatkan ia lebih advance. ^_^

Bahasa Arab pula, subjeknya tak tahu susah atau tidak. Tapi ia Bahasa Arab. Ummi selalu kata aku boleh skor Bahasa Arab ni, jadi ia juga agak catchy denganku. Walaupun aku sendiri sebenarnya tak berapa yakin. hihi.

Syariah, subjeknya lagi familiar than Dakwah. Siapa tak suka dengan subjek-subjek seperti Qawaid Fiqhiyah, Siyasah Syariyyah, Undang-undang Halal dan Fiqh Kepenggunaan? Huh. Okey, celaru. 

3. Prospek pekerjaan. Papa selalu pesan, kalau boleh pilih yang boleh buat kerja. Haih. Ketiga-tiga bagiku boleh buat kerja. Dan aku sememangnya sedang bekerja juga, walaupun kurang belum aktif.

Dakwah, apa yang boleh? Dalam Zikra Minds, itu perlu, bagiku. Kerja lain? Pegawai Hal Ehwal Islam (kerja apa tu? haha), Penceramah, Ahli Perniagaan, Penulis dan sebagainya. :)

Bahasa Arab, apa yang boleh jadi? Penulis, pegawai diplomatik, Pegawai kedutaan (wow!), dan aku percaya banyak lagi.

Syariah ? Lagi banyak, Peguam Syarie, Pegawai Perundangan, Pendakwah, Penulis dan sebagainya.

4. Lagi apa lagi? Apa lagi yang ..... mahu? (tiada kaitan dengan Utusan UMNO) heh.

Ha, nampak rasionalitinya?

Jadi, setelah bertanya dengan Papa dan Umi, Along dan rakan-rakan yang lain. Maka, insya-Allah akanku pilih Dakwah dan Pengurusan Sumber Insan. :)

Moga segala ini ada hikmahnya. 

Amin.

Ha, sebut pasal 'amin amin' ni, tolonglah doakan kami semua dapat apa yang kami nak ye. :)

Tolong doakan rakan sebilik aku, merangkap Presiden PERSIS, Raihan Kamar berjaya menyambung kembali pengajian tahfiz beliau untuk ISM Al-Quran dan Al-Qiraat.

Tolong doakan rakan-rakan aku di Asasi AI B, untuk dilancarkan pemilihan mereka.
Begitu juga, tolong sekali doakan rakan-rakan seangkatan dan seperjuangan dalam Pengajian Asasi Sesi 1 2012/2013 ini, agar diberikan yang terbaik buat kami semua !

Tolong juga doakan aku mendapat apa yang kuinginkan, dan yang terbaik untuk diriku.

Terima kasih ! =)
Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi