Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, May 19, 2013

Of Our Examination, Friendship and Expectation

I
___________________________________

Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini.

Yang sudah.
Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei)
Bahasa Kebangsaan. (16 Mei)

Yang belum:
Bahasa Arab (mungkin 21 Mei)
Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK !)

*mungkin : bermaksud tak pasti. haha.

Berbicara soal examination,
Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut.

Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :)
Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk',

Bila berkata soal peperiksaan, sosok tubuh Sang Murabbi pasti hadir.
Masih kuingat sewaktu di ITQAN dahulu (nampak macam lama, tapi tahun lepas je. hihi)..
Sedang kami terleka dengan ghibtoh (kejahatan kalau boleh turut nak diislamikkan. heh), sang Murabbi menjelma betul-betul di hadapan mejaku. Sambil kedua-dua tangannya memegang sisi meja, beliau membaca potongan ayat kedua dari surah al-Maidah,


dan kemudiannya, menyusul ayat-ayat tazkirah yang umpama tembakan snapper secara dekat ! (dush dush~). Selepas dari saat itu, terus kudiam, tidak menghiraukan panggilan orang lain (waktu itu)

Itu waktu itu. Sekarang berbeza sedikit. Ya, aku mungkin tahu dan sedar, namun majoriti kita tahu, tapi kurang sedar. Bayangkan, kita tahu banjir besar akan berlaku dan banjir besar akan mengakibatkan kemusnahan yang agak teruk. Namun, sekiranya kita tidak alert, maka 'sebuah kesilapan' berlaku ! Itu analoginya.

Jadi, kita perlukan 'alert' dari seseorang bagi menyedarkan diri kita semua.

Bertindak, kita sudah mulakan ! Sedar itu pula bergantung pada individu. :)
Peranan aku untuk tidak memberi jawapan kepada semua.
Peranan aku untuk memberi peringatan kepada semua.

Ingat: "Ghibtoh (Meniru dan segala macam penipuan) dalam Peperiksaan itu Haram"


Cuma, aku agak terkilan dengan beberapa pelajar 'top student', tapi masih mengamalkan penipuan dalam peperiksaan. Moga kita sedar. Sekurang-kurangnya, pointer kita atas usaha kita sendiri.

...

II
___________________________________

2-3 hari lepas (Jumaat, 17 Mei 2013), kami semua (Mahasiswa Asasi) telah menjalani dua program seharian.

"Minggu Bahasa" dan "Program Literasi Media dan ICT"

Minggu Bahasa, program yang terlibat adalah Kalam Jamaie dan Public Speaking.

Asasi AI B menghantar semua ahlinya untuk Kalam Jamaie, dan public speaking bahasa inggeris seorang dan bahasa Arab seorang.

Tema Kami adalah Blackout. Lelaki memakai Hitam, Wanita memakai Hitam-Ungu. Kalah itu perkara biasa, namun yang lebih penting ukhuwah antara kami bertaut-taut bertambah erat.

Dalam sibuk nak menghabiskan Semester 3, mulut mungkin akan berkata, "ish, tak sabarnya nak habiskan!", "Kalau boleh, esok aku nak habiskan semester ni". Hati kecil kita mengatakan, "Ya Allah, kekalkan ukhuwah antara kami. Kalau boleh jangan pisahkan satu daripada kami Ya Rabb."

OK, aku sebak bila masing-masing keluarkan statement tentang perpisahan, gambar-gambar kalam jamaie dan ayat-ayat yang memang nak suruh berpisah ! T_T

Sebelah petangnya, kami menjalani Rali Maklumat. Seperti Explorace', kami diberikan masa dalam sejam lebih bagi menghabiskan program ini. Alhamdulillah, selesai. Kali ini bukan berkumpulan mengikut kelas, tetapi berkumpulan secara rambang yang telah ditentukan. :)

Blackout !


III
______________________________________

Semua kata bila agamawan berbicara, akan dituduh kolot. Semua kata bila pelajar pengajian Islam berkata-kata, semuanya hadith dan al-Quran. Hakikatnya, kami juga manusia biasa !

Iman kami sama seperti anda. Ada kalanya bertambah, ada kalanya berkurang. Malah ada dalam kalangan kami lebih teruk (akhlaknya) dari anda-anda yang tak ambil pengajian Islam.

Kadang-kadang, jangan terlalu harapkan yang baik dari kami, sehinggakan tidak boleh menrima kami sekiranya kami silap. Itu adalah salah.

Siapa suruh kalian meletakkan diri kami di tempat tinggi, dengan penghormatan dan kehormatan yang amat tinggi? Tiada siapa. Jadi, jangan salahkan sekiranya orang yang kita pandang tinggi itu terbuat salah atau melakukan kesalahan. Salahkan diri sendiri !

Masing-masing ada pandangan masing-masing. Tak perlu pertikaikan apa yang dilakukan.
Cuma, fikirkan kembali. Apakah kita salah, atau kita menyalahkan orang?

------------------------------------
Sekian. Wallahua'lam.
Share:

2 Komentar:

baby comel said...

Masih ada lagi Top student & meniru atau bahasa sekolahnya toyol? Ish, ish.. Xpelah awak moga nanti mereka tersedar. Ermm, gudluck ye. Moga semuanya dipermudahkan

Zahirul Nukman said...

@baby comel bukan Top Student, tapi mungkin expectation saya terhadap mereka sebagai Top Student kot. haha. :)

Thanks ! :)

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi