Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Tuesday, May 14, 2013

Mahasiswa : Hamasah dan Hikmah.





PEMBUKA

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa tentang mahasiswa, dan teguran buat diri ini.

I
-------------------------------
Ramai rakan mahasiswa yang terlalu lantang beraktivis, berdemonstrasi.
Tidak salah. Namun, fundamental kita sebagai Muslim perlu dijaga.

Nilai akhlak mencerminkan siapa diri kita.

Walau benar sekalipun yang disampaikan,
nilai akhlak di paras yang mendukacitakan,
Maka, sia-sia usaha anda.

Biar tegas, namun masih berprinsip dan tidak terbabas.


II
----------------------------------------

Kuat berdemo, turun ke jalanraya,
Namun jati diri sebagai Muslim tiada.
Musnah dan deritalah agama.


III
----------------------------------------

Sekadar perkongsian, apa yang aku peroleh dari program diskusi anjuran kami baru-baru ini.

Dalam buku "Kalau Saya Mahasiswa", kerya Datuk Saifuddin Abdullah,
Beliau menyarankan agar mahasiswa perlu mempunyai 3 perkara yang bergerak seiringan dan SEIMBANG.

1) Idealisme : Kepercayaan, Berpegang pada perkara-perkara fundamental (Asas). (Kita sebagai Muslim pula, wajib berpegang dengan perkara-perkara asas dalam Islam.)

2) Intelektualisme : Menghargai nilai keilmuan, dan cuba mengadaptasikan ilmu untuk masyarakat. Point utamanya adalah Cinta Ilmu. (Dalam konteks kita sebagai Mahasiswa, perlu lazimi diri mencintai ilmu dengan membaca/membawa buku yang - kalau boleh - luar dari kuliah)

Menurut Pengasas TFTN (Teach For The Needs), beliau kata, perempuan yang kool adalah perempuan yang mengisi begnya dengan buku. (Dalam konteks ni, lelaki pun perlu bawa/baca buku !  )

3) Aktivisme : Bertindak secara praktikaliti dalam membumikan ilmu kita kepada masyarakat. Memasyarakatkan diri, dan memberikan idea kita untuk masyarakat.

Maka, dengan ketiga-tiga elemen ini, Mahasiswa perlu bergerak secara seimbang.

Sebagai permulaan dan diteruskan secara istiqamah, tindakan mudah untuk adaptasikan 3 elemen ke-Mahasiswa-an ini,

1) Idealisme: Kukuhkan Prinsip Islam dengan USRAH. 
2) Intelektualisme: Jana dan Kembangkan Pemikiran dengan membawa BUKU ke mana sahaja kita pergi. Sertai program ilmiah seperti Diskusi.
3) Aktivisme: Aktifkan diri dengan menglibatkan diri dalam PERSATUAN PELAJAR. Dalam konteks memasyarakatkan Mahasiswa dalam Negara, maka aktifkan diri dengan melibatkan diri dalam Organisasi Mahasiswa.

Jadi, ayuh bersama terapkan 3 elemen ini dalam diri kita. 


PENUTUP
---------------------------------------

Sekian, sekadar perkongsian dan luahan rasa.

Wassalam.
Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi