Gelaran Tengku Ampuan, Tengku Puan dan Sultanah Pahang



GELARAN TENGKU AMPUAN, TENGKU PUAN, & SULTANAH PAHANG.


  1. Gelaran bagi permaisuri Sultan Pahang sekarang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar masih Tengku Puan Pahang, belum lagi Tengku Ampuan Pahang.
  2. Ini kerana, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah belum lagi melantik permaisuri baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang secara rasmi.
  3. Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (UUTKP), Sultan Pahang boleh melantik mana-mana permaisuri (sekiranya ramai) yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja sebagai Tengku Ampuan Pahang. Bagi permaisuri yang tidak menepati kriteria, tiada peruntukan khusus untuk menggunakan sebarang gelaran.
  4. Sultan Pahang ke-5, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mempunyai permaisuri yang berketurunan raja dan diberikan gelaran Tengku Ampuan Pahang iaitu bonda Sultan Abdullah, Almarhumah Tengku Ampuan Afzan binti Tengku Muhammad, manakala permaisuri yang bukan berketurunan raja pula diberikan gelaran Sultanah iaitu Sultanah Hajah Kalsom.
  5. Apa yang saya fahami, antara sebab belum terlantiknya Tengku Ampuan Pahang buat masa ini adalah kerana Sultan Abdullah belum ditabalkan lagi sebagai Sultan Pahang. Yang berlaku pada 15 Januari yang lepas adalah pemasyhuran sebagai Sultan Pahang, bukan pertabalan. Jadi, peruntukan berkaitan pelantikan Tengku Ampuan dalam UUTKP mungkin belum boleh diguna pakai selagi tidak ditabalkan. (Sekiranya silap apa yang saya faham, mohon diperbetul ya)
  6. Bilakah waktunya untuk Tunku Azizah diberi gelaran Tengku Ampuan Pahang? Tiga jawapan kemungkinan :
    - Bila-bila masa dari sekarang - kerana kemungkinan peruntukan dalam UUTKP boleh diguna pakai; atau
    - Selepas selesai istiadat Pertabalan Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang nanti; atau
    - Selepas Tengku Mahkota Pahang yang baharu dilantik - kerana gelaran Tengku Puan Pahang diguna pakai kepada permaisuri Tengku Mahkota.
  7. Sekian, sekadar berkongsi apa yang difahami. Wallahua'lam. 

p/s: Mohon orang Pahang perbetulkan sekiranya ada kesilapan ya.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan