Wujudkah Jawatan Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri?



WUJUDKAH JAWATAN PEMANGKU PESURUHJAYA PAS NEGERI?

1. Ada soalan yang terlintas dalam tempoh selepas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Almarhum Ustaz Haji Mustaffa Daharun meninggal dunia, "Adakah Wujud Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri?"

2. Setelah bertanya kepada yang berautoriti dan merujuk Perlembagaan PAS, dapat dihimpunkan beberapa perkara seperti berikut :

i. Lantikan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri yang mengetuai Badan Perhubungan PAS Negeri adalah di bawah kuasa Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (Fasal 26 (1) (c) dan Fasal 40 (4))

ii. Semasa ketiadaan Pesuruhjaya sama dihalang atau terhalang untuk hadir ke Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri atau Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Negeri, maka salah seorang Timbalan Pesuruhjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut. (Fasal 40 (20) dan Fasal 41 (2) (b))

3. Maka, kesimpulan daripada kedua-dua perkara yang disebutkan ialah:

i. Tiada yang menjadi pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan ketika ini, sehingga musim muktamar dan pemilihan PAS akan datang, atau sehingga Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bermesyuarat memutuskan untuk melantik pemangku atau pesuruhjaya sehingga tamat sesi 2017-2019 ini.

ii. Salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sama ada Tuan Haji Rafiei Mustapha (TPJ 1), atau Ustaz Mohd Khairil Anwar Mohd Wafa (TPJ 2) atau Tuan Haji Abdul Razakek Abdul Rahim (TPJ 3) pula hanya mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat peringkat Perhubungan Negeri atau Jawatankuasa Harian PAS Negeri.

4. Semoga PAS Negeri Sembilan terus melangkah, diperkuat dan diperkasakan bagi mencapai tujuan penubuhan PAS iaitu "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Sekian.
Zahirul Nukman Narakna.
31 Disember 2018

 p/s: Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Mustaffa.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan