Nama Masjid di Luak Sungai Ujong dengan Gelaran Adat




Dato Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak

NAMA MASJID DENGAN GELARAN ADAT - SUNGAI UJONG.

Alhamdulillah, kelmarin (21 Disember 2018) telah berlangsung majlis perasmian & pengisytiharan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sg. Ujong, Kuarters KLIA, Nilai yang disempurnakan oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak. Difahamkan, kini terdapat enam buah masjid dalam Luak Sungei Ujong (dikira Daerah Seremban kini) dinamakan sempena nama pemimpin atau gelaran adat bagi Luak Sungei Ujong.

  1. Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Kariah Sikamat. Masjid ini dibina pada tahun 2000, dan dinamakan dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-13, Dato' Mohd Yusof Hashim.
  2. Masjid Jamek Dato' Kelana Petra Sendeng, Ampangan.
    Masjid ini dibina pada tahun 1840, dan diubah nama pada tahun 1995 dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-11, Dato' Sendeng.
  3. Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak Sungai Ujong, Putra Nilai, Bandar Baru Nilai.
    Masjid ini dibina pada tahun 2003 dengan nama Masjid Bandar Baru Nilai, dan diubah nama kepada Masjid Putra Nilai pada tahun 2007. Pada tahun 2017, masjid ini dimasyhurkan dengan nama gelaran pemimpin Luak Sungei Ujong yang terkini iaitu Dato' Klana Petra Undang Luak Sungai Ujong.
  4. Masjid Dato' Klana Petra Dato Haji Mubarak, Kariah Sungai Landak, Ampangan.
    Masjid ini dibina pada tahun 1981, dan diubah nama kepada nama Undang Luak Sungei Ujong ke-16 iaitu yang terkini, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Dohak.
  5. Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah.
    Masjid ini dibina pada tahun 1800 dan merupakan antara Masjid tertua di Negeri Sembilan. Ia diberikan nama sempena nama pengasasnya, Dato' Shah Bandar Sungei Ujong, Dato' Bandar Haji Ahmad bin Ali yang meninggal dunia pada tahun 1927 dan dikebumikan di perkarangan masjid tersebut.
  6. Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungai Ujong, Kuarters KLIA, Nilai.
    Masjid ini dibina pada tahun 1998, dan dirasmikan pada tahun 2018 dengan pengisytiharan nama Dato' Penghulu Menteri Sg Ujong, gelaran lama pemimpin Luak Sungei Ujong sebelum gelaran Dato' Klana Petra digunakan. 
Sumber rujukan : Portal Masjid Malaysia dan Portal Royal Ark. 

#AdatPerpatih #NegeriBeradat

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan