Posts

"Hormati Enam Ulamak ini" Pesan Seseorang kepada Blogger MSO

Image
"Sayuti enta sudah hebat...sebelum ana meninggal ana nak pesan kepada enta, hormati enam orang ulamak ini," pesan seseorang (yang tidak dinyatakan) yang sudah meninggal dunia pada tahun 2000 kepada blogger Mohd Sayuti Omar (MSO) Enam Ulamak tersebut ialah: 1. Almarhum Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom  (mantan Mufti Negeri Selangor) 2. Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor  (mantan Presiden PAS) 3. Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Azmi bin Ahmad  (mantan Mufti Negeri Pulau Pinang) 4. Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  (mantan Mursyidul Am PAS/mantan Menteri Besar Kelantan) 5. Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron bin Din  (mantan Mursyidul Am PAS) 6. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang  (Presiden PAS) Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2013/09/beraya-di-harakah-sambil-mengusik-kawan.html

Senarai Balai Polis di Negeri Sembilan

Image
Senarai Balai Polis di Negeri Sembilan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Jalan Cambell 70710 Seremban, Negeri Sembilan 06-7682222 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6136222 Balai Polis dalam Daerah Jelebu 1. Balai Polis Kg.Chennah 71650 Kg.Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6111324 2. Balai Polis Kuala Klawang 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6136222 3. Balai Polis Pertang 72300 Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4941224 4. Balai Polis Simpang Durian 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4914223 5. Balai Polis Simpang Pertang 72300 Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4929222 6. Balai Polis Titi 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6111222 Pondok Polis dalam Daerah Jelebu 1. Pondok Polis Paradong 71600 Paradong, Jelebu, Negeri Sembilan. 06-6136420 2. Pondok Polis Kg.Jerang 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan 06-491...

Menaip semula

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai, apa khabar semua pembaca. Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Ramadan 1440H, bulan mulia yang penuh mengajar kita untuk terus berusaha melakukan kebaikan dan perkara-perkara benar. Lama juga saya tidak menaip seperti manusia. Haha. Sebelum ini lebih kepada memberi informasi-informasi yang harapnya bermanfaat untuk semua, lebih kepada menjadi buku dan sebagainya. Hantaran kali ini lebih bersifat santai dan manusiawi. Insya-Allah --------------- Ada beberapa kenalan sudah meminta untuk saya menulis. Tulis secara ringkas Tulis dengan memberikan perkongsian baharu. Sehinggakan ada yang meminta saya menulis buku. Masya-Allah! Impian menulis buku sebenarnya sudah lama tersimpan kemas, sudah berhabuk tebal tidak berusik. Biarlah bila tiba masanya nanti, andai masih ada lagi rasa berkongsi menerusi buku, saya akan mulakan penulisan. Insya-Allah. - tangan sendiri -  Sebenarnya menulis blog seperti hantaran kali inip...

Nama Masjid di Luak Sungai Ujong dengan Gelaran Adat

Image
Dato Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak NAMA MASJID DENGAN GELARAN ADAT - SUNGAI UJONG. Alhamdulillah, kelmarin (21 Disember 2018) telah berlangsung majlis perasmian & pengisytiharan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sg. Ujong, Kuarters KLIA, Nilai yang disempurnakan oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak. Difahamkan, kini terdapat enam buah masjid dalam Luak Sungei Ujong (dikira Daerah Seremban kini) dinamakan sempena nama pemimpin atau gelaran adat bagi Luak Sungei Ujong. Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Kariah Sikamat. Masjid ini dibina pada tahun 2000, dan dinamakan dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-13, Dato' Mohd Yusof Hashim. Masjid Jamek Dato' Kelana Petra Sendeng, Ampangan. Masjid ini dibina pada tahun 1840, dan diubah nama pada tahun 1995 dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-11, Dato' Sendeng. Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak...

Kerisauan Mengenai Pilihan Raya Tempatan

Image
KERISAUAN MENGENAI PILIHAN RAYA TEMPATAN. Antara kerisauan Presiden, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan adalah disebabkan impak warisan cara urus tadbir bandar peninggalan penjajah. Pilihanraya PBT menuntut proses pengundian oleh penduduk di kawasan-kawasan bandar, sedangkan bandar dihidupkan bukan sahaja oleh penduduk di bandar, tetapi mereka yang berkunjung dan bekerja - tidak duduk di bandar - turut terlibat dalam menghidupkan sesebuah bandar. Pilihanraya PBT yang dituntut oleh sesetengah parti politik akan menjadi tidak adil kerana ketidakseimbangan kaum di bandar dan tidak melibatkan mereka yang sebenarnya secara langsung menghidupkan bandar. #PilihanrayaPBT #LocalElection

Kenapa Najib Razak terlibat dalam Jemaah Pangkuan Diraja Pahang?

Image
KENAPA NAJIB RAZAK TERLIBAT DALAM JEMAAH PANGKUAN DIRAJA PAHANG? Seperti yang diketahui, Jemaah Pangkuan Diraja Pahang telah melantik Sultan Pahang yang baharu, iaitu Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah. Ada pula yang mempersoalkan keberadaan ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Jemaah Pangkuan Diraja Pahang. Bagi mereka yang tertanya-tanya, kenapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, YB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (DSNR) boleh terlibat dalam Jemaah Pangkuan Diraja tersebut, ini sedikit penjelasan. DSNR merupakan salah seorang Orang Besar Berempat, iaitu antara kumpulan pembesar negeri Pahang. Gelaran bagi DSNR dalam Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Indera Shahbandar (OKIS). Orang Besar Berempat biasanya dipilih berdasarkan keturunan mewakili kumpulan atau puak tertentu di Pahang. DSNR dipilih sebagai OKIS kerana menggantikan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein yang merupakan OKIS ke-10. Tun Raza...

Gelaran Tengku Ampuan, Tengku Puan dan Sultanah Pahang

Image
GELARAN TENGKU AMPUAN, TENGKU PUAN, & SULTANAH PAHANG. Gelaran bagi permaisuri Sultan Pahang sekarang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar masih Tengku Puan Pahang, belum lagi Tengku Ampuan Pahang. Ini kerana, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah belum lagi melantik permaisuri baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang secara rasmi. Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (UUTKP), Sultan Pahang boleh melantik mana-mana permaisuri (sekiranya ramai) yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja sebagai Tengku Ampuan Pahang. Bagi permaisuri yang tidak menepati kriteria, tiada peruntukan khusus untuk menggunakan sebarang gelaran. Sultan Pahang ke-5, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mempunyai permaisuri yang berketurunan raja dan diberikan gelaran Tengku Ampuan Pahang iaitu bonda Sultan Abdullah, Almarhumah Tengku Ampuan Afzan binti Tengku Muhammad, manakala permaisuri yang bukan berketurunan raja pu...