Program TOT~~Akademi Sukses~~ Entri 3

Assalamulaikum dan salam sejahtera~~

lama betul tak cerita pasal program TOT tempoh hari~
tu la die, bile kelemasan  kemalasan menguasai diri.....

Ok lah, kali ni saya nak ceritakan keadaan KHEMAH di program tersebut...

Gambar Hiasan: Khemah kami bentuk ini la~..

_______________________________________________________________

Kami membawa 4 set khemah untuk digunakan...

Disebabkan kami hanya 6 orang, jadi kami gunakan hanya 2 khemah sahaja. Lebih lagi 2 tu, kami pinjamkan ke pelajar-pelajar Maahad Ahmadi...
______________________________________________________________

Corat-Coret

1. Kami mula membina khemah tersebut pada waktu petang setelah sesi cipta nilai.....

2. Kami bina dengan pertolongan pelajar-pelajar MANS sekali..TQ to they all....

3. Hari pertama kami lalui dengan aman...huhuhu...

4. Hari kedua, setelah sesi pagi..... khemah kedua kami dimasuki armada semut~~
kesian KA (Khairul Amirin) yang terpaksa berperang dengan bala tentera semut... :-(

5. Setelah membersihkan semua, kami meneruskan sesi kuliah yang seterusnya~

6. Sebelah petang pula, khemah pertama (khemah saye le tu~~) pula dimasuki semut. Mungkin mereka mencari KA, tapi tersalah khemah kot~~hahaha

ceritanya, disebabkan ramalan mengatakan hujan bakal berlaku pada sebelah petang, jadi kami meletakkan beg-beg kami di tengah-tengah khemah... jadi, angin yang bertiup mungkin terlalu kuat menyebabkan khemah kami terbalik..

Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudah terbalik, terhempap pula kota Semut!!! apalagi, tanpa buang masa, askar-askar semut mula menyerang khemah kami....

7. Habislah malam tu, kami terpaksa tidur dengan saki baki semut yang tinggal.... semut yang lain dah balek da...

8. Hari ketiga, kami berkemas-kemas untuk balik...(dengan badan yang digigit 2-3 ekor semut...hahaha)

OK, itu sahaja cerita kali ni..wassalam...

p/s: Dah join blogwalking YiedPozi?? kalau belum, Klik sini 

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan