Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, February 09, 2011

Program TOT~~Akademi Sukses~~ Entri Akhir


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~~

Berbalik pada TOT yang lepas...

Baiklah , kita habiskan hari ni..hehehe

Pagi sabtu, selepas solat subuh, kuliah disampaikan oleh cikgu mohamad bin aspari...
Kami diberikan pendedahan bagaimana membuat misi, visi, objektif sesebuah program yang akan kami anjurkan.
Selain itu, kami juga diberikan beberapa cara bagaimana membuat tayangan slaid menggunakan picasa. Kami juga didedahkan dengan ‘Strategi pemasaran’ (or we call that marketing strategy). Sebanyak tidak kurang dari 50 strategi untuk memasarkan produk, program didehkan..

OK, itu cerita belah pagi...

Selepas solat zuhur, kami diberi masa 2 jam setengah untuk membuat modul sendiri. 
Sebagai panduan, modul yang perlu dipilih ada 3 pilihan...
1.       Talk (macam tayangan slaid, cakap-cakap gitu...)
2.       Segar minda (modul yang digunakan untuk ‘kejut orang agar x tidur’~)
3.       Outdoor/indoor (modul yang berbentuk aktiviti, pertandingan DLL)
Kami memilih Talk....

”Di sebalik tabir....
Sebenarnya, kami tak tau pun nak buat apa...
Habis kelima-lima laptop digeledah, untuk cari benda yang ingin disampaikan malam ni....
Banyak yang kami nak tayangkan malam tu....
Ø  Tokoh2
Ø  Kelebihan al-Quran
Ø  slaid promosikan ITQAN
Ø  wuduk
Akhirnya kami memilih wuduk dari perspektif sains...”

Sebelah malam....

Bermula sepetutnya pukul 9...
Tapi atas masalah LCD xboleh berfungsi, Alhamdulillah, setiap perkara ada hikmahnya..
Satu ilmu yang kami dapat, apabila kita sebagai moderator pada satu-satu program dan pada masa yang sama musibah berlaku (elektik taka de, lcd x berfungsi), kita jangan masuk campur dalam
masalah tersebut.. apa yang penting, penonton/peserta perlu dilayan agar masalah tidak pula membebankan peserta...

­­­­
Dan kumpulan ITQAN mendapat giliran ke-6 daripada 7 kumpulan untuk membentangkan modul...
Ketujuh-tujuh modul dibentangkan malam itu... dan kami terpilih sebagai pembentangan terbaik (TQ to Abang Zul Aimin, Zahid dan Asyraf selaku juri)Alhamdulillah...


Esok paginye.

Kami membuat satu aktiviti yang dipanggil Kembara Saujana (kot, tak ingatla..heheh) aktivitinya lebih kurang Explorace la...
Uniknya, explorace ni, modulnya peserta sendiri yang cipta...
5 tempat, 5 modul yang berlainan...

Ringkasannya...

Tempat pertama kami (tasik~?!.... cari belon, buat ais krim (paling leceh..hehehe, sape punye kerje la ni...(cari plastic ais krim Malaysia, cari 1 gula-gula, carik getah dalam tepung tanpa guna tangan dan tak boleh tiup!!!)  Kejam betul pembuat modul ni.. hahaha), jalan itik (untuk kumpulan lelaki sahaja, ni yang tak puas hati ni..heheh).

Tempat kedua (tangga)...modulnya mudah... seorang wakil (aku la tu..) ditutupkan mate dengan kain hitam., bermula dari satu kawasan kemudian cari botol, dan baldi berisi air, kemudian isikan air ke dalam botol..) saya bergerak berpandukan klu yang diberi oleh ahli kumpulan... kami tak boleh mengatakan “depan, Belakang, kanan, kiri, ambil, pusing” untuk membuatkan saya bergerak... Disebabkan saya sudah pernah melalui modul ini di program lain, jadi saya mencadangkan guna  klu jam. ‘12=depan, 3=kanan, 6=belakang, 9=kiri, spring=pusing, batu=diam/stay” dan akhirnya kami berjaya.

Tempat ketiga (surau)... modul yang diberi nama “Mencari Sinar”.. 2 orang sebagai penunjuk arah yang statik, 4 orang ditutupkan mata dan bergerak berpandukan apa yang penunjuk arah katakan. Yang susahnya, penunjuk arah tidak boleh menyebut nama yang telah ditutupkan mata mereka.... (ni semua idea Kak faiznur la ni....hehehehe..)

Tempat keempat (padang)...modul dicipta oleh Atiq dan Azri..modul ini membabitkan 3 orang ditutupkan mata,manakala 3 orang dijadikan penunjuk arah... caranya, yang ‘buta’ tadi hendaklah merangkak dan berpandukan arahan dari yang ‘celik’ untuk mengambil sudu dan bola ping pong (di tempat yang berlainan) dan kembali ke tempat yang ditetapkan.

Tempat terakhir.... tapi sebelum tu, kami pergi minum dulu....
OK2... tempat terakhir, selepas kami minum sebentar...di kawasan Menara Serbaguna (atau menara flying fox).. slot ni kami gelar sebagai slot muhasabah (walaupun sebenarnya kami x sangka pun slot tu slot muhasabah..) kami diminta untuk ikatkan mata (kasi x nampak..) dengan keadaan jalan itik, kami bergerak dengan mengikut tali yang telah diikat.. di akhirnya, kami tercari-cari arah tali seterusnya setelah tali yang kami bergantung harap telah habis...  hakikatnya tali kedua tiada... (simboliknya: begitulah kita dengan maha pencipta,kita bergantung harap pada maha satu, apabila kita terputus hubungan, maka berbaliklah pada pangkal jalan.... moga ketemu arah sebenar...~~

Setelah habis semua slot, sesi resolusi diadakan....bergambar, dan berkemas...

Kini, walaupun TOT dah habis, saya tetap menghubungi akak2, abang2 dan peserta2... dan moga persahabatan kami semua terus erat hingga hujung nyawa~~

Sekian wassalam
Share:

4 Komentar:

FaKArePa!n said...

akademi yang berunsurkan kerohanian.. nice2..

btw, ada entri baru ni.. boleh baca kalau sudi..

http://tau4374.blogspot.com/2011/02/mb-terengganu-datuk-ahmad-said.html

akademisukses said...

salam sukses zahirul..kagum ngn semangat kamu..komitmen yang bagus dalam program TOT tempoh hari... semoga kamu lebih terus cemerlang san jauh ke hadapan.. teruskan upgrade dan cipta nilai untuk diri kita..
syue:http://suaraqalbii.blogspot.com/
:http://akademisukses.blogspot.com/

Zahirul Nukman said...

@FaKArePa!n

btol2..erm..kalau nak join boleh je.. hubungi akademi sukses seperti komen yang ke-2 diatas...huhuhu...:-)

Zahirul Nukman said...

@akademisukses

tq2, insya-Allah moga kita sama2 sukses selalu....

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi