Soal Jawab Cinta Remaja



SOAL JAWAB
ISU CINTA REMAJA
Bersama: Ustaz Azhar Idrus (Pendakwah Bebas)



Isu 1 | Couple (Berpasangan)

SOALAN:
Ustaz, apa hukum saya pergi menemankan pasangan ‘couple’ berjumpa? Saya sudah memberitahu bahawa ‘couple’ adalah haram. Namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan ‘couple’ itu haram. Apakah pula yang dimaksdkan dengan zina mata?

JAWAPAN:
Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuanyang bukan mahram adalah haram mengikut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
Dalam hadith lain, Rasulullah bersanda, mafhumnya:

“Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya.”
(Hadith riwayat Muslim)
Imam Nawawi menjelaskan,
Daripada hadith ini diharamkan berdua-duaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wanita itu ataupun di mana-mana tempat dan sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya.

Jelas daripada dalil-dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu haram dalam islam. ‘Couple’ adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum agama.

Zina Mata ialah melihat perkara-perkara haram di sisi syarak seperti lelaki melihat perempuan yang bukan mahramnya seperti yang berlaku zaman kini.

(Rujukan: Kitab Syarah Bukhari oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, Kitab Syarah Muslim)

Isu 2 | Hukum bermesej (SMS)

Soalan:
Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram berbalas mesej melalui telefon bimbit. Apakah perbuatan itu hala ataupun haram?

Jawapan:
Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara penting seperti urus niaga, jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan, “Sedang buat apa?” “Awak minat apa?” “Suka warna apa?” atau “saya suka tengok awak pakai baju ini,” maka hukumnya tidak syak lagi haram dalam Islam








Isu 3 | Suka Pada Perempuan

Soalan:
Bagaimana remaja dapat mengelakkan diri daripada suka kepada perempuan? Walhal,  zaman remaja adalah waktu mereka mula berjinak bagi meminati perempuan. Bagaimanakah cara bagi mengelakkan perasaan itu?

Jawapan:
Fitrah manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina. Lelaki suka melihat perempuan dan begitu juga sebaliknya. Kerana itu, Allah mensyariatkan nikah bagi melunaskan keperluan hidup berpasangan.

Sekiranya belum masa usia bernikah, maka jaga pandangan daripada suka melihat perempuan kerana dalam satu hadith Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang memejamkan matanya daripada melihat kecantikan perempuan, maka Allah memberikannya nikmat ketika beribadat kepada-Nya.”

Elakkan diri daripada tempat yang ada perempuan melainkan kerana hajat yang perlu. Berkawan dengan mereka yang ada sifat warak dan takwa. Rajinkan diri bagi hadir ke majlis-majlis agama supaya hati menjadi lebih jernih.


Isu 4 | Hukum pergi ke rumah kawan perempuan pada hari raya

Soalan:
Apakah hukum seorang lelaki berkunjung ke rumah kawan perempuan pada hari raya? Adakah perbuatan  ini dibenarkansyarak?  Sekiranya dibenarkan, apakah syarat-syaratnya?

Jawapan:
Perempuan itu perlu ditemani oleh mahramnya yang dewasa dan tidak boleh duduk berdekatan sehingga boleh mendatangkan fitnah jika dilihat orang


Isu 5 | Meluahkan Rasa Cinta

Soalan:
Ustaz, apakah yang patut dilakukan oleh seorang perempuan jika pihak lelaki bertanya kepada perempuan tersebut, “Awak ada perasaan dekat saya tak?,” kemudian perempuan tersebut mengaku bahawa dia mampunyai perasaan terhadap lelaki terbabit.
Persoalannya, patutkah perempuan tersebut mengaku, atau hanya diam (tidak mengaku)

Jawapan:
Kalau sudah bersedia untuk berumah tangga, tidak mengapa. Tetapi jika masih belum bersedia seperti masih bersekolah, maka tinggalkanlah.


Isu 6 | Bila Jatuh Cinta

Soalan:
Ustaz, kalau kita jatuh cinta terhadap seseorang, apakah yang harus kita lakukan?

Jawapan:
Rasulullah menyuruh sahabat yang ingin kepada seorang wanita agar meminangnya.

Isu 7 | Hukum Couple

Soalan:
Ustaz, terangkan tentang “couple itu haram atau tidak?”

Jawapan:
Sekiranya couple itu dimaksudkan seperti mana remaja sekarang itu memang haram sebab berdua-duaan dan bersentuhan tangan jelas dilarang dalam hadith-hadith yang sahih.
Berdua-duaan atau bersunyi (khalwat) tanpa ditemani mahram tetap haram.
Couple adalah haram, kerana menimbulkan fitnah dan syahwat.
Couple jarak jauh tetapi menimbulkan syahwat, juga haram.
Hanya couple selepas berkahwin sahaja halal.
Adapun berhubung (contact) jarak jauh itu bukan couple namanya


Isu 8 | Soal Jodoh

Soalan:
Ustaz saya ingin bertanya, setiap orang ada jodoh masing-masing. Tetapi kenapa ada masih ada yang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat, dan bagaimana pula dengan mereka yang bercerai, kemudian berkahwin dengan orang lain, apakah pasangannya sebelum bercerai bukan jodohnya?

Bagaimana pula dengan orang yang tidak berkahwin hingga akhir hayat?
Kalau menolak lamaran orang, adakah dinamakan menolak jodoh?

Jawapan:
Kena ketahui erti perkataan jodoh ialah pasangan. Bukan bermaksud pasangan selama-lamanya.
Tiada jodoh bermaksud masih tiada pasangan untuk dikahwini.
Jika bercerai, dikira jdohnya tidak panjang. Jika berkahwin baru, bermaksud jodohnya dengan orang lain pula.
Ramai yang tersilap tentang istilah jodoh yang menyangkakan jodoh itu pasangan sampai meninggal dunia.
Wallahua’lam.


Isu 9 | Hukum Bercinta

Soalan:
Ustaz, salahkah bercinta?

Jawapan:
Tidak salah, yang slah bagaimana anda menunaikan cinta tersebut.













Isu 10 | Minat orang Yang Tidak Minat Kita

Soalan:
Ustaz, bagaimana sekiranya terlalu teringat akan seseorang perempuan?
Perempuan tersebut tidak meminati kita, hanya kita yang meminatinya.

Jawapan:
Sekiranya suka sama suka, cepatlah masuk meminang.
Sekiranya, hanya bertepuk sebelah tangan, maka disarankan agar mencari yang lain.


Isu 11 | Tiada Duit Untuk Berkahwin

Soalan:
Ustaz, bagaimanakah sekiranya ingin berkahwin, namun tiada duit?

Jawapan:
Berpuasa. Sekiranya ingin berkahwin juga maka carilah wanita yang rendah maharnya.


Sumber daripada:
1. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.
2. Facebook: Ustaz Azhar Idrus (Original)
3. Facebook: Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus.

Moga dimanfaatkan bersama. (^_^)

Diolah dan dipanjangkan oleh: Putera Madani

Comments

Anonymous said…
assalamualikum ustaz.. saya ingin bertanya sesuatu perkara. saya pernah terlanjur dgn seorang. akan tetapi sewaktu kami masing2 pergi menyambung pelajaran di brlainan U, kami brpisah. saya merayu padanya supaya tidak meninggalkan saya. tapi hati dia sudah trtutup untuk saya. setiap malam saya menghubungi dia tapi dia tidak mengendahkannya. saya kerap mengis setiap malam dn saya buntu dlm mencari jln penyelesaian. apakah yang patut saya lakukan?
Zahirul Nukman said…
@Anonymous

Waalaikumussalam, berat untuk dijawab. Namun, ada banyak penyelesaiannya.

Maaf atas kelewatan untuk membalas.

1) Tinggalkan dia. :) Lupakan segala yang pahit tersebut.

2) Tumpukan pada diri kita pula. Taubat kepada Allah, mohon kemapunan dari-Nya. Dalam al-Quran ada mengatakan, "dengan Mengingati Allah, akan menenangkan hati". Bermaksud, penuhkan hati kita dengan ingat Allah, tak perlu ingat yang lain. Insya-Allah, hidup menjadi aman.

3) Jalani hidup yang baru. Positifan diri anda. U can do it ! =)

Wallahua'lam.
Unknown said…
salam ustaz..saya kenal seorang perempuan melalui laman cari jodoh baitul muslim.kitorang sudah taaruf tapi xmelalui ejen baitulmuslim sebab masing2 jauh,hanya bertaaruf melalui facebook.die perempuan yang baik.saya jatuh hati kat die pas taaruf n bagitaw isi hati saya kat die.die terima.saya bagitaw jugak yang nak jumpa family die nanti biar family die taw kitorang berkenalan.die benarkan..walaupun saya ni xla alim sangat,tapi niat saya memang nak jadikan die isteri,n saya jugak dah berjanji kat diri xnak kapel2 ni dan sedang dalam proses jugak memperbaiki diri sikit demi sikit.salahkah apa yang saya buat ni ustaz?

dan lagi satu,saya ajak family jumpa family die supaya mak bapak si dia taw pasal kami.adakah ni dikira merisik??dan adakah ini dibenarkan ye ustaz??

dan lagi satu,memandangkan masing2 jauh,so salahkah kalau kitorang berhubung melalui facebook??macam tanya kabar ke apa??sebab saya dengar kalau berhubung macam tanya suka kaler apa dan lain2 pun haram.

dan yang terakhir,sebab dah suka,so saya selalu gak la teringat kat die,n stalk facebook die..tapi xdela sampai naik syahwat.tapi adakah ni dikira zina hati??

mohon penjelasan ustaz.terima kasih
Zahirul Nukman said…
@nik ariff

Assalamualaikum, pertamanya saya minta maaf. Saya bukan orang yang selayaknya menjawab persoalan ini, ekoran 'memang tak pakar dalam bab-bab cinta'ni.

Apa=apapun, basically jaga batas pergaulan dan jaga nafsu.

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.
Mohon maaf sesangat atas kelewatan mereply, dan harap dapat rujuk Tuan-tuan guru yang lebih alim. :)
Anonymous said…
Assalamualaikum ustaz sy ingin mintk pendapat ustaz dengan masalah sy in.sy sudah buat perancangan perkahwinan sy dengan pasangan sy.tapi tiba2 segala ape yg selama ni di rahsia kan tentang pasangan sy terungkai.yg die sudah mpunyai anak luar nikah bsama bekas kekasihny.skrg umur anak nye sudah 2tahun prempuan.bekas kekasih ny sudah bg pda kluarga angkt untk mjga budak itu.sy takot sngt ustaz.bila sy kawin nanti dgn psgan laki sy..1hari akan timbul isu mslh die ini.ape yg patut sy buat.bila sy tanya psgn sy dy tidak mgaku itu ank ny gn alasan ppuan itu byk lelaki.ppuan itu pun xnk mnikahi psngan sy dgn alsn msh blajr gn psgn laki itu xmampu tangung ape yg die nak.tpi psgn sy jga dn bri smua pbelanjaan msa bekas kekasihny mgandung dn slps mgandung..wanita itu mmg xnk pasangn sy.tpi kdg2 dlm pasangan sy bhubung gn sy..dy msah mnelipon bekas kekasih ny.sy hairan ustaz knp makin dekat prancgn pkawenan sy.makin byk dugaan pkara lama tentang psgn sy.sy ketahui.adakah allah tidak mgizin kn sy bsama ny atw dy bkn jodoh sy ustat.sy pning ustaz mnakala psgn sy xnk khilgn sy.

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan