Al-Nasr : Pertolongan

. TERJEMAHAN [1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. PENGENALAN Surah al-Nasr (Ų³ŁŲ±Ų© Ų§ŁŁŲµŲ±) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 3 ayat dan termasuk dalam kalangan surah Madaniyah. Al-Nasr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini iaitu janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan. NAMA DAN KELEBIHANNYA Surah ini dinamakan surah al-Nasr kerana surah ini dibuka dan dimulakan dengan firman Allah (bermaksud) : āApabila datang pertolongan Allah dan kemenanganā. Dinamakan al-Futuh bermaksud pembukaan atau kemenangan sempena kota Makkah al-Mukarramah berjaya dibuka dan dikuasai semula oleh Muslimin. Juga d...