Coretan Solidariti Ummat : Mesir.

Coretan Himpunan Aman Bantah Kudeta Mesir. 1. Alhamdulillah, himpunan tadi tidak terganggu dengan Asap Rokok. Berbanding himpunan yang sebelum ini, asap tu jadi makanan dan wangian semua peserta (walaupun tak hisap). 2. Alhamdulillah, himpunan tadi berada dalam cuaca redup (dan akhirnya hujan ketika perjalanana pulang), berbanding Badar Al-Kubra yang berperang ketika berpuasa dan cuaca yang panas. 3. Saat Ustaz Akram Ikrami (sebagai wakil Mahasiswa, dan bekas Presiden GAMIS) bertanya kepada para demonstran, siapa Mahasiswa yang hadir, sila angkat tangan', ramai rupa-rupanya mahasiswa yang hadir dan mengangkat tangan menandakan sokongan kepada rakyat Mesir, Presiden mereka yang sah iaitu Prof Dr Mohammed Morsi, dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, dan menyatakan bantahan kepada pengkhianatan demokrasi yang dilakukan oleh Jeneral Al-Sisi, dan pemerintahan tentera tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang sebenar. 4. Kelihatan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan ramai demonstran m...