Ya Thoybah !



Antara perkara yang disebutkan oleh Dr Shuhadak bin Mahmud semasa dalam kelas semalam:

1. Jangan terlalu cepat menghukum:

'itu salah, ini bid'ah'.
'Yang kau buat ni tak ada nas sahih'

2. Percayalah, ulama kita terdahulu sudah membuat kajian hukum secara terperinci. Dan mereka (ulama) akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang mereka sampaikan.

Kita pula sibuk mencari salah ulama dahulu.

3. Situasi: 'Aku ada jumpa 3 hadith yang kata benda ni Nabi tak buat. So, kau buat ni sesat/bid'ah.'

Kau baru jumpa 3 hadith. Kau belum lagi baca 300 hadith, sudah pandai nak kata itu salah, ini betul.

4. Qasidah Ya Thoibah, tiada elemen 'ekstrem' pun di situ. Salahkah puji Saidina Ali, dan dua cucunda Rasulullah s.a.w? Bukankah dalam Qasidah Ya Thoibah itu turut memuji Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman?

Kalau Syiah, mereka membenci Sahabat. Mereka tidak akan memuji Sahabat.

Bukankah dalam solat (bacaan Tahiyyat Akhir) juga kita disunatkan berselawat ke atas Nabi, para ahli bait, dan para sahabat.

"Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Saidina Muhammad"

Maksudnya:
"Ya Allah, selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad"

:) Sekadar perkongsian. Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan