Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Tuesday, July 09, 2013

Sahur: Jom Lewatkan !



Perihal Sahur

1. Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Minda Tajdid:

Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w.

2. Ustaz Shahrizan Daud Al-Turabi turut berkata dalam Seminar Impactive Ramadhan yang lepas, waktu imsak adalah waktu sahur yang terbaik. Tapi jangan time tu nak makan makanan berat seperti Nasi dan lauk. Cuma, waktu itu sunat kita mengikut cara Nabi, dengan memakan Kurma dan minum air.

3. Ustaz kata lagi, kalau nak makan sebelum waktu itu (pukul 12-5 pagi) pun tak mengapa, tapi ambillah sunnah melewatkan bersahur dengan makan sedikit kurma beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh.

Marhaban Ya Syahra Ramadhan, Ya Syahra Siyam ! :)

Selamat berpuasa. Semoag bertemu Taqwa.
Share:

0 Komentar:

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi