Apa selepas PERSIS?

Assalamualaikum. Selamat berpuasa diucapkan lagi. Sekarang sudah masuk pertengahan Ramadhan. Bulan pon mengambang cantik. Yang bawah ni, gambar bulan lepas. 23 Jun.

Sumber: http://shahgazer.net/astrophotography/
Macam-macam berlaku di bulan puasa ni. Menariknya tarbiyyah dari Allah itu datang bukan dari luar sahaja, tetapi bagaiaman kita mengawal yang dalam. Bayangkan tekanan sekarang bukan sekadar makanan (dah tak layan dah nafsu makan), tapi datang dari kerja, assignment, pinjaman dan macam-macam. Mahu atau tidak, wajib dilalui untuk teruskan hidup. Fuhh. berat nanang.

Berbalik kepada tajuk. Apa selepas PERSIS?

Saudara Hasnan Daud pernah kongsikan kepada kami dalam DISKUIS, environment di universiti ini berlainan dengan keadaan di sekolah atau rumah. Fasa Universiti merupakan fasa bebas. Tidak terikat dengan undang-undang sekolah lagi. Jadi, terpulang kepada kita ke mana mahu bawa diri.

Alhamdulillah, mahu atau tidak, semasa di Asasi dahulu kami terlibat secara langsung dalam Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS atau singakatannya PERSIS. Itulah platform pergerakan kami. membawa nama PERSIS, berurusan dengan pihak pentadbiran Pusat Asasi, membuat progrm dan sebagainya.



Setahun sudah berlalu, dan kini kami terbebas seketika. Dalam suasana 'Degree' ini, pilihan menjadi banyak. Sama ada mati tidak berpersatuan, atau hidup menyertai mana-mana persatuan.

Alhamdulillah, sebaik sahaja melangkah ke dalam dunia ISM, aku memilih platform Al-Azhar Members KUIS atau singkatannya ALAM KUIS. ALAM KUIS adalah persatuan mahasiswa yang berpusat di Masjid, bukan untuk orang 'baik' sahaja, malah kita berkongsi rasa menghadirkan diri ke Masjid.



Bukankah dalam hadith Rasulullah ada menyebut, salah satu golongan yang mendapat naungan di hari kiamat nanti adalah pemuda yang hatinya terikat di masjid? maka, aku menyahut seruan itu. Insya-Allah, masih dalam proses mentarbiyyah diri. Doakan ye!

ALAM KUIS juga banyak membuat program-program berbentuk kerohanian, dan meliputi aspek kehidupan mahasiswa. Kami ditempatkan dalam sebuah usrah. Usrah amat membantu kami semua dalam banyak aspek, pelajaran dan ukhuwah. Ukhuwah amat penting dalam dunia 'bebas' di universiti ini agar kita tidak 'mati'.

Kenal Ustaz Akram Ikrami Taib Azamudden? Beliau adalah Presiden Al-Azhar Members KUIS sesi ini.

Kemudian, selain ALAM KUIS, aku turut menyertai Persatuan Alumni Asasi KUIS atau singakatannya PALS, sebuah persatuan yang menempatkan alumni Asasi KUIS. Baru menyertainya, masih belum menyertai program-program khusus di bawah PALS.

Selain itu juga, sebagai Mahasiswa Jabatan Dakwah, maka Jabatan Dakwah juga mempunyai persatuan Mahasiswa sendiri iaitu Persatuan Mahasiswa Jabatan Dakwah dan Pengurusan atau singakatannya PERMADA. Insya-Allah, setiap program PERMADA akan cuba sertai.

Banyakkan persatuan? Tak kisah. Yang penting, sedikit pesanan buat kalian, sertailah persatuan mahasiswa di kampus anda kerana itu dapat mebentuk peribadi baik di masa akan datang. Kampus medan tarbiah untuk kehidupan dewasa akan datang.

Selesai cerita tentang persatuan. Lain kali aku kongsikan cerita lain pula. Insya-Allah.

Assalamualaikum ! :)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan