Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, July 07, 2013

Pengalaman, Terus Melangkah !



Hari semalam, kami mendapat keputusan GPA bagi Semester 3 Asasi KUIS. Maka, lengkaplah ketiga-tiga Semester dan peroleh CGPA bagi Pengajian Asasi KUIS.

Alhamdulillah, keputusan yang baik. Meski mungkin 'bawah sedikit dari target', namun aku harus bersyukur. Selama ini Allah telah banyak memberi rezeki dari arah yang lain. Jadi mengapa perlu 'melenting' bila tidak mencapai sasaran.

Keputusan memang penting, namun bagiku pengalaman semasa berada dalam Asasi lebih bermakna.

1. Pengalaman menjadi junior tetapi tak pernah menjadi senior. (sebab kami tiada junior selama kami dalam Asasi)
2. Pengalaman berkhidmat sebagai salah seorang EXCO dalam Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS)
3. Pengalaman menganjurkan program Diskuis dan program lain.
4. Pengalaman berselisih pendapat dengan student lain di Asasi.
5. Pengalaman menetap di Parcel (Penempatan) Type A (Sebab dapat tajaan Tabung Biasiswa Rektor. Mungkin lepas ni dah tak boleh dah duduk Type A)
6. Pengalaman menjadi salah seorang daripada [dan bersahabat dengan] batch pertama paling ramai dalam sejarah Asasi KUIS (Batch 9 terdiri lebih daripada 100 orang, Batch lain kurang dari 100).
7. Pengalaman menjadi Keluarga Asasi AI B.
8. Pengalaman tinggal serumah dengan semua ahlinya (3 orang) menghafaz al-Quran.
9. Pengalaman tinggal sama bilik dengan orang sekampung, Mantin selama dua semester.
10. Banyak lagi pengalaman dan yang paling utama, pengalaman menjadi anak murid kepada pensyarah-pensyarah yang banyak mencurah bakti secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih semua. ;')

-----
Sekarang terus mengorak langkah, sesuaikan diri menjadi Mahasiswa Sarjana Muda. Terus belajar, membaca, berpersatuan dan berkhidmat untuk masyarakat. Insya-Allah.

Mesti melangkah dan maju ke hadapan!
Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi